Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Monday, November 28, 2011

roundy round

Assalamualaikum !

Okay korang tak nak baca entry ni, tak payah baca. Ni cerita ain sendiri.

Sudah dapat duit mara. First time pegang cek, hampeh! Tak tahu apa pun. Call Fitri (perempuan yea. Additional info; her name is Fitriah Aliah) *kenapa perlu saya explain? Entah la. hee* pungpangpungpang, capai kata sepakat, gi keluar cari CIMB.

Awal pagi bangun, kejut Amalina. Dek hal kelmarin, memang lena tidur kita orang. Tak terjaga sikit pun tengah malam. Takut sangat kot. Dah la kat hostel sebesar alam ni, berdua je! Yang lain semua balik! Untunglah!!! Boleh pula maghrib2 dengar orang baling sudu garfu dalam sinki kat tingkat atas. Kecut ahh perut! Ingatkan kipas syiling syot ke hape ke. Tengok elok je. selamat je kipas tu berpusing. Tah! Pedulikan. Achu pulak boleh nak bukak cerita tingkat empat. Sekeh kepala kang baru tau. Okay fine, semua tu sebab kipas je tu KOT! TAK KISAH!!

Mandi2 blablabla, tengok2 Fitri tak bangun2 lagi. Untung lah duduk rumah. Lapar punya pasal, pergi sendiri. Pusing je la warta tu. Sempat dengar pakcik teksi bebel itu ini pasal kos teksi. Takpe la pakcik yea, asalkan jangan tipu kami dengan meter sudehh ..

CIMB dalam tu pulak demam. Heish. Doktor tak datang2 check lagi. Dah nazak tu. Sadin je muka masingmasing. Gi keluarkan duit, enjoy! Muahaha. Jalan la atas bawah warta tu. Ada apa je pun. sememangnya saya tak boleh berjalan lebih dari dua jam. Sakit kaki! Haishh.

Gi kedai buku. Okay, jangan pergi kat tempat novel, duit takde! Pergi jugak. Mata dah bling2 nampak barisan novel yang macam dah lompat minta dibeli dan dimiliki. Tapi sayang, I tak boleh ambil you lagi. Nanti cukup bulan I bawak you balik rumah yea. Sorry. Haha.

Amalina dah terpikat dengan buku titled; ‘ACT LIKE A LADY, THINK LIKE A MAN’. Saya pun rambang mata dah. (saya? Erm. Muntah jap.) Okay, that book, definitely tak berguna untuk kau sekarang. Pergi tempat lain. cari barang untuk yana.

Beli GLOWING STAR! Tampal dalam bilik nanti. Yana takut sangat gelap. Disebabkan ANA tak boleh tidur berlampukan lampu tidur atau lampu minyak tanah or so what ever cahaya yang ada di dalam bilik, belilah benda alah ni. So that, tak gelap sangat dan tak terang sangat. Yana, kitorang buat sebab sayang awak tahu tak! Haha

Ada la jugak benda2 lain. Most of the things dalam kedai buku tu, ada panda. Why panda’s so famous eah? Comel pulak lampu tidur panda. Hee. Okay. Buang. Tak perlu fikirkan.

Bayar itu ini, keluar. Makan. Takde benda lain selain KFC. Makan je la asalkan kenyang. Masuk GIANT beli barang makan. Masuk tempat chocolate. Perghhh!! KISSES BERDUYUN!!! Oh and that kisses dah macam; hey hey cute girl, come and get me! Im delicious and so tasty. When you eat me, you’ll remember someone. And when you remember that person, it will bring smile on your face! You’ll be less stress and enjoy. *DANGG*

Amalina dah pandang2, jungkit2 kening. Haihh.. Kaki pantas meninggalkan KISSES. Lain kali lah yea. Layan Vanhoustan jek. Tak murah, tak mahal. Layan..

Entah tiba2 melekat kat buku2 motivasi. Amalina terpegang satu buku kaler purple. Tajuk? YA ALLAH, DIAKAH JODOHKU. Pandang amalina, amalina pandang balik. Okey done. Amek!!! Hahah. Kenapa beli? Entah la. Ok fine, tipu. Kenapa beli? Untuk dapatkan idea for my novel. Okay2. Tipu. Sebab terasa macam nak baca. Nak tahu macam mana bentuk jodoh yang datang. Macam mana nak kenal siapa jodoh tu. Okay, sekarang im telling the truth!

Tunggu Fitri tak datang2 lagi. Kol 3 baru dia datang. Gi bank kat UNICAP. << betol ke eja? Tah la. tak kisah. Fitri ajak gi ALAMANDA. Perghh .. mentang2 baru dapat duit mara, enjoy habis kau yea. CD anime je kau sapu. Tak buat apa pun dalam tu. Tak berani nak kuar duit lagi. Memang tak hidup kang.

Jalan je la dalam ALAMANDA tu. Before that, pergi solat dulu kat surau dia. Perghh .. best kot surau dia. Kan best kalau kat hostel ada surau macam ni. memang hati-hari tidur kat surau. Kekeke. Im telling that, surau dia comfortable. Bukan surau hostel tak comfortable, just situ extra comfortable. Hee. :D

Nak tengok breaking dawn, takut balik lambat. Then we decided untuk pergi makan depan hostel. Sedap pun sedap jugak. Tak kisah la. first time belanja orang nih. -.-‘’

How it feels? Well.. quite seronok. Haha. Seronok tahu keluar duit untuk kawan2. Dont ask, kenapa. Balik bilik, solat2 semua, naik katil, pengsan! Perghh! Letih kot. Seharian. Malam baru sampai bilik. Sebelum nak tidur sempat buka buku yang dibeli tu.

Interesting. Cepat2 bukak lappy, masukkan sikit info dalam novel. Hee~ and i decided, after BMW, no more novel. Kalau nak suka2 buat, tak kisah. Tapi kalau nak publish, well.. i tak banyak pengalaman. Eh bukan. Silap. I TAKDE pengalaman. Pengalaman mendewasakan kita, am i right? Nak kena cari pengalaman dulu baru boleh create satu cerita yang realistik. Actually, sendiri buat novel pun, tak yakin cerita tu boleh tarik minat orang. Im just writing, not a writer. Syukur alhamdulillah kalau novel2 SAYA boleh tarik minat orang. Bersyukur jugak kalau ada orang yang bosan dengan cerita2 tu. Yang boleh bagi komen supaya dipertingkatkan apa yang kurang.

Kalau nak melonjak jadi writer sehebat Fauziah Ashari, Damya Hanna, Aisyah Sofea... memang tak lah. Well, this three person memang membuatkan AKU tertarik untuk baca novel dia orang. Entah la kenapa. Cerita dorang.. perghh .. superb tang krisis. Boleh meleleh air hidung wohh . hee :D terlebih sudah.

First novel yang aku baca buatkan aku jatuh cinta kat novel, OMBAK RINDU. Hahah. Second novel yang buatkan aku nak baca novel yang ketiga, BICARA HATI. third novel yang buatkan aku nak cari novel ke empat, ADAM DAN HAWA. Tiga buah novel starting yang buatkan aku jatuh hati dalam bidang penulisan biarpun aku tak reti menulis pun.

Ramai orang kata karya Siti Rosmizah best2. Yea. Memang best. Aku baca ANDAI ITU TAKDIRNYA. Best. Tapi aku sukakan tiga org writer ni, mungkin sebab dorang legend kot. Hee .. lagi lama menulis. Karya Ct rosmizah memang superb. Lain orang, lain tastenya kan. J

Macam fenomena pulak cik ct rosmizah ni. dari novel pertama, terus novel2 yang lain jadi perhatian. Cayalah. Aku? Ngee.. tak usah kau tanyakan daku. (ayat pasrah). Haaa.. saya just menulis untuk seronok2. Ni baloq liat eah. Penyegan. Mengaku ni. haha. Malas betul nak buat kerja. Mungkin belum sampai seru untuk bekerja kot. Hehe .. belajar dulu! Lalala..

So~ tiga novel feveret nihh .. ombak rindu, dah kuar cerita. Bicara hati pun dah nak kuar. Adam dan hawa pun, katanya ada riuh2 nak keluar jugak. Kau yang satu! Kalau keluar memang aku beli CD dia !!! ahahaha . oh. Bikash dah tak keluar karya ke? Rindu la pulak -.-‘’

Tuesday, November 22, 2011

KD 9

Aisyah melihat kiri dan kanannya. Pelajar-pelajar yang dia lewati memandangnya seakan ingin menelannya. Pandangan tajam yang tak mampu dia tafsirkan. Kenapa ni? Aisyah mula tidak senang duduk. Ni kalau pandang lama-lama, ada juga yang kena tumbuk free ni. Tak puas hati sangat ke kat aku, dia orang ni?

Shahran dari segera mendapatkan Aisyah dari belakang.

“Cah! Betul ke kau nak kawen dengan abang Haziq?” soalan Shahran hanya membuatkan Aisyah merengus perlahan. Sebab ni ke semua orang pandang aku pelik semacam? Mulut siapa la yang ‘baik’ sangat kasi heboh satu kampus ni?

“Mana kau dengar cerita ni?” tanya Aisyah.

“Abang Amir bagitahu. Lagipun, merata aku jalan dalam kampus ni, semua gossip pasal kau.”

“Dia orang gossip apa?”

“Dia orang cakap kau goda Abang Haziq la, kau guna-guna Abang Haziq la supaya dia jatuh hati kat kau. Ada yang cakap, kau kawen dengan dia sebab harta la. Ada juga yang kecoh kata kau pregnant anak Abang Haziq. Sebab tu kena kawen awal.”

Bulat mata Aisyah memandang Shahran di hadapannya. Mangkuk ayun punya manusia! Tak tahu ke dosa orang menabur fitnah tu lagi besar daripada membunuh?! Sampai cakap aku mengandung pula tu! Ni ada juga yang kena jahit mulut ni pakai tali tangsi ni.

“Mana kau dengar gossip tu?” tanya Aisyah dengan riak muka yang sengaja ditenangkan.

“Aku dengar kat sana.” Shahran menunjuk arah satu lorong yang dipenuhi dengan pelajar yang masih melepak menunggu waktu kelas.

“Tak kisah la apa dia orang nak cakap. Yang penting, Allah tahu.” Aisyah ingin melangkah pergi.

“Aisyah!” panggilan seseorang membuatkan Aisyah menoleh. Wajah Aisyah tidak berubah. Masih tenang seperti biasa. Tidak senyum, tidak juga masam.

“Sorry.” Termengah-mengah Haziq mengucapkan kata-kata itu.

“Kenapa perlu sorry?” Aisyah pelik.

“Pasal rumors ni.”

“Tak kisah. Lantak la apa orang nak kata. Tu bukan mulut tempayan yang boleh ditutup-tutup.” Reaksi Aisyah membuatkan Haziq tersenyum nipis. Tak salah pilihannya.

“Sumpah kau tak kisah, Cah?” Shahran mencelah. Aisyah menjungkit bahu.

“Jom la Shah. Kita ada kelas ni. Kang lambat pula. And you, I jumpa you later okay?” Aisyah hanya tersenyum ramah pada Haziq. Kenapa tiba-tiba jadi ramah pula makcik ni? Haziq berfikir sendiri.

AISYAH masih fokus pada slide yang dipertontonkan meskipun ada mata-mata yang menjeling-jeling ke arahnya. Peduli apa. Semua tu, bullshit je! Hati Aisyah membahang.

“Orang semua perhatikan kau, Cah.” Kata Zulaika perlahan di tepi telinga Aisyah yang masih memandang tepat ke arah hadapan.

“Aku tak peduli. Selagi aku tahu semua yang dia orang cakap tu salah, aku tak kisah. Yang penting mak ayah aku tahu siapa aku. Allah tahu apa aku buat.”

“Tapi kau mungkin kena panggil ke bilik kaunseling nanti kalau rumors ni tersebar luas sampai ke office.”

“So? Aku cakap je yang sebenar. Aku memang nak kawen. Dan, bukan sebab alasan lain selain aku cintakan Haziq untuk aku nikah awal dengan dia.” Aisyah kini mengalihkan pandangan tepat pada anak mata Zulaika. Zulaika terpana sebentar.

“Kau cintakan Haziq?” soal Zulaika. Payah sungguh gadis itu nak meluahkan kata-kata cinta. Boleh pula dia katakana cintanya pada Haziq sebentar tadi.

Aisyah tersedar dia terlepas kata. Malu la pula. “Pandang depan. Dengar apa yang lecturer cakap. Jangan nanti kau tanya aku pula.” Aisyah mengubah topic. Zulaika tersenyum kambing. Dah faham sangat dah dengan kawan dia yang sorang ni.

Kelas tamat lebih awal daripada jadual kerana pensyarah muda itu perlu bergegas pulang ke rumah apabila mendapat berita tentang kemalangan yang menimpa isterinya. Aisyah mengemas buku-buku yang berterabur di atas mejanya.

“Aisyah.” Tiga orang gadis tidak bertudung berdiri tegak di hadapan AIsyah. Aisyah pelik.

“Kenapa?”

“You ingat orang yang pakai tudung ni baik semuanya? You silap. Even I tak pakai tudung, I masih suci. I masih jaga maruah I.” Tasya tersenyum sinis. Aisyah masih berlagak selamba. Dia menyambung kerjanya memasukkan buku ke dalam beg. Tasya yang tidak puas hati, sekali lagi bersuara.

“Berapa bulan dah you pregnant ni? Mesti you yang goda Haziq, kan?”

“Apa lagi kau nak cakap? Ada lagi nak tambah? Ada lagi fitnah yang kau nak tabur? Dipersilakan. Aku tak kisah. Sikit pun tak ganggu aku. Kau nak cakap apa pun, takkan ubah date tarikh pernikahan aku dengan Haziq.” Selamba Aisyah berkata.

“You memang tak tahu malu kan? Mencalarkan nama universiti je!”

“Kau ingat apa yang kat tuduh ni, betul semuanya? Cermin dulu diri kau. Macam mana pun, kau ingat Allah tu sentiasa memerhatikan. Tak payah nak jaja cerita aku kat orang lain. Kau tak bertudung, rambut siap berwarna karat, mata berwarna-warni, itu pun dah dosa tahu? Tambah lagi fitnah kau kat aku, sedia je la nak kena bakar dengan api neraka.” Aisyah bangun dari kerusinya.

“Perempuan murahan!” Tasya menjerit kuat. Nasib baik bilik kuliah telah kosong.

“Aku yang murah ke, kau yang murah? Tasya.. Tasya.. hang ingat hang baguih sangat?” entah macam mana loghat utara boleh tersembur keluar pun tak tahu. “ Kau ingat orang tak kenal kau? Anak ayam terhebat kat Shah Alam. Tak payah nak sok suci sangat.” Aisyah berkata perlahan. Nak sangat cari pasal dengan aku minah kerek ni.

“Keluar masuk bilik dengan lelaki berbeza setiap hari memang dah jadi rutin harian kau kan?” Aisyah menyambung. Tasya mengetap bibir.

“Kalau kau kata aku tak suci, kau dengan aku tak jauh beza. Kau makan balik kata-kata kau kat aku tadi. Kau kata aku takde maruah? Sama macam kau. Kau kata aku calarkan nama universiti? Sama macam kau. Perempuan murahan? Just like you.” Aisyah terus berlalu pergi. Zulaika menuruti langkah Aisyah yang pantas meninggalkan bilik kuliah itu. Tasya memeluk tubuh. Benci mendengar kata-kata Aisyah.

Betul ke semua orang dah tahu? Tasya menggigit bibir.

“MACAM mana kau tahu pasal Tasya?” soal Zulaika. Aisyah mengeluh perlahan. “Aku kawan dengan ex-roommate dia.” Jelas Aisyah. Zulaika mengangguk.

“Tapi kau tak pregnant, kan?” Zulaika sekadar ingin memastikan. Mati terus langkah Aisyah.

“Kau tak percaya aku?” berkerut dahi Aisyah. Tak percaya langsung, kawan sebaik Zulaika boleh meraguinya.

“Bukan aku tak percaya. Aku tanya je.” Zulaika memandang tempat lain. Tak berani bertentangan mata dengan Aisyah.

“Kau tak percaya aku..” Aisyah dapat merasakan Zulaika meraguinya.

“Aku percaya.” Zulaika cuba meraih lengan Aisyah. Namun Aisyah lebih pantas menarik. Benci pula dia melihat pandangan Zulaika.

“Aku tak perlukan kawan yang tak percayakan aku.” Aisyah lantas pergi meninggalkan Zulaika yang terpinga-pinga sendirian.

“SERONOK kan bila kena fitnah? Boleh jadi famous.” Aisyah memeluk tubuh sendiri. Kian membenci pula dia terhadap pelajar-pelajar di kampusnya.

“I’m sorry.” Haziq menyatakan kekesalannya.

“Sorry untuk apa?”

“Untuk semua ni.”

“Kenapa? You ke yang buat rumors ni?”

“Bukan I yang buat. Tapi…”

“Tapi?”

“Tapi I yang mulakan. Kalau I tak bagitahu kawan-kawan I pasal wedding ni, mesti takkan jadi macam ni.”

“La.. nak salah apanya? Memang patut bagitahu kawan you, kan? Nanti siapa yang nak datang wedding kita kalau kita tak sebarkan berita ni?”

Daripada aku kau, bertukar menjadi I you. Walaupun agak segan pada mulanya, agak kekok, tapi kini sudah terbiasa.

“I tak ambil pusing pun pasal ni.” Aisyah menyambung. Angin yang meniup kuat membuatkan tudung Aisyah terpaksa dibetulkan.

“Macam mana boleh timbul pasal kes pregnant pula?” tanya Haziq.

“Entah. Peminat you kot yang buat. Marah sebab you nak kawen dengan I.” Aisyah menjeling Haziq. Danisya yang dari tadi menanti di dalam kereta milik Haziq hanya tersengih-sengih memandang Aisyah dan Haziq yang sedang berbua di luar kereta.

Cantik akak Aisyah. Bisik hati kecil Danisya.

“Malas la nak fikir pasal ni. Nak fokus pada study je. Kalau fikir pasal benda ni, sampai kesudah tak habis.” Aisyah bergerak menuju ke kereta Haziq. Haziq hanya merenung tindakan Aisyah. Masalah yang timbul mengusutkan kepalanya.

“Danisya. Akak balik dulu ea. Suruh abang drive elok-elok tahu.” Aisyah sempat memeluk Danisya yang baru keluar dari kereta. Pipi kiri dan kanan gadis itu dicium. Aisyah sempat memberi salam sebelum menaiki kenderaannya dan berlalu pergi. Dia perlu tenang menghadapi ujian ini. Haziq juga cukup tenang menangani hal ini.

FACEBOOK Aisyah dipenuhi dengan peti masuk yang bertanyakan soalan yang sama. Benarkan dia sudah mengandung? Tak ke soalan itu terlalu biadab untuk ditanya untuk seseorang yang belum berkahwin? Aisyah langsung tidak membalas mesej mereka.

Aisyah melihat pula pada wall facebook. Ada juga yang menggunakan bahasa kias menanyakan tentang penikahannya dengan Haziq.

Nur Hazirah Adam

Kenapa kawen awal sangat? Ada reason tertentu ke? Betul ke rumors tu, Aisyah?

Farehah

Kau tutt ke Cah?

Ekin Bakri

Cah, congrats on your wedding. Kenapa cepat sangat? Btw, aku tak percaya rumors tu.

Dan berduyun-duyun lagi pelajar UiTM yang Aisyah kenali menyemak di wallnya menanyakan benda yang sama. Nak aku buat pregnancy test, lepastu post kat wall ke? Teruk betul.

Aisyah terus menutup laptopnya. Telefon bimbit berdering nyaring. Ada lagi lalat-lalat yang sibuk nak dengar berita. Aisyah mengangkat malas.

“Assalamualaikum.” Aisyah memberi salam.

“Aku ingat kau tak reti nak bagi salam dah. Tahu nak buat maksiat je.” Panas pula telinga Aisyah mendengar sindiran panas dari Akila.

“Ke kau yang tak reti hukum menjawab salam?” sinis juga kata-kata Aisyah.

“Waalaikumussalam.” Jawab Akila pantas tapi penuh dengan sindiran.

“Kenapa malam-malam call aku?”

“Aku nak tanya kau, ubat guna-guna apa yang kau guna untuk Haziq tu? Hotstuff kampus kau boleh sambar. Boleh juga aku try kat budak lain nanti.” Akila ketawa sinis.

“Aku tak guna la ubat guna-guna ni. Aku baca doa, pohon dari Allah, buat solat Istikharah, buat solat Hajat. Tu je.” Memang sengaja Aisyah mengenakan Akila.

“Oh ye ke. Solat bagai nak rak pun tak guna juga kalau asyik buat zina.”

“Tak guna juga kalau kau tunjuk baik kalau mulut asyik menabur fitnah.”

“Kau memang manusia paling tak malu yang pernah aku jumpa.”

“Buat apa aku nak malu kalau aku tak buat kerja yang tak senonoh. Sepatutnya kau yang malu sebab jaja cerita palsu kat orang. Sibuk pula kau nak ambil tahu pasal orang. Jaga tepi kain kau sendiri cukuplah. Ke kain kau tak cukup sampai kain orang pun kau nak jaga?” Aisyah terus letak ganggang. Ni baru sikit Aisyah. Baru sikit… Ujian akan lebih berat nanti. Aisyah menukar mode telefonnya kepada silent. Tidak mahu diganggu.

Thursday, November 3, 2011

:)

assalamualikum . bloggy :)

hari yang sangat sangat sangattt malas nak sambung novel. hari ni keluar dengan ayah mama gi amek IC baru ! hee ~ :D . finally im officially 18th. suka. huhu .

dalam sesak jam, mama ngan ayah tak berenti mulut marahmarah. dah empat tahun duduk penang. tak pernah even satu hari pun ayah dengan mama keluar rumah tanpa marah orang driving. penang's driver make my parents mad. -.-'' sendiri pun rasa cuak tengok dorang drive. macam tak sayang nyawa pun ada.

even kat highway yang away away dari penang pun kalau jumpa kereta plat P, konfem slack. selalu macam tu. kenapa penang? kenapa??? mamaayah marah kat korang, owang plak yang sakit hati dengar. bila nak pindah tah. -.-'' nak balik KL balik!

oh. balik isu asal. ayah tibatiba cakap macam ni...

ada satu buah kereta datang masuk meminang sorang perempuan. keretanya ALPHAD! so ayah si perempuan cakap : okay. lepas! 95% peluang dapat kawen dengan anak aku ni. sekali si anak teruna keluar dari kereta.. erk . boleh muntah dibuatnya si ayah budak perempuan tu. terus reject!

yang kedua, datang kereta kancil. kecikk je. si ayah cakap : oh. ni tak lepas ni. 30% je peluang dapat kawen dengan anak aku. sekali anak teruna keluar dari kereta.. perghh! SHAH RUKH KHAN!! dan2 rate naik mendadak 100% ..

manusia zaman sekarang. kalau ada je orang masuk minang. soalan pertama yang ditanya .. KERJA APA?

penting sangat ke kerja? kenapa? nak tengok gaji? mampu ke tak mampu nak beli belian tiga juta kat anak dara dia?

soalan yang sepatutnya ditanya : DAH KHATAM QURAN? BERAPA KALI?

kalau dia kata dah. letak quran tengok depan dia. bukak tengah2. boleh baca ke dakk .. sumpah .. owg gelak je. terfikir jugak..

semua manusia boleh dapat harta menimbun. mampu memiliki. tapi dalam kuata berjuta2 orang yang ada kudrat nak kumpul harta dunia tu, mampu ke nak hafal satu alquran? ada jugak manusia yang masih lagi tersedak2 bila minta baca alfatihah.

akhir zaman.

orang pun tak mampu lagi nak hafal satu juz quran. sape yang hafal satu quran tu.. subahanallah ..

ayah pusing belakang bila traffic light merah.

adik, nanti kalau bawak calon suami, ayah nak tanya benda ni kat dia. boleh jawab ke tak. boleh baca ke tak. kalau tak, ayah reject awal2. takpayah berangan nak kawen. ahah . #gelak jela.

orang yang kita suka, orang yang kita sayang, orang yang kita cinta.. mungkin menepati citarasa kita.. tapi mungkin juga tak menepati citarasa mak ayah.

bulan madu pertama: umrah :) insya allah. nak menunggu haji tak tahu la sempat ke tidak. rasanya tahun 2030 pun masih Q lagi. untung orang yang dah boleh buat haji. #jeles.

+++

sebelum mengenali seseorang tu, kita hidup biasa je. tapi lepas kenal orang tu, manusia selalu kata.. 'AKU TAK BOLEH HIDUP TANPA KAU' . kenapa? sebelum ni boleh je hidup. takde masalah .

bila seseorang tu hadir dalam kehidupan seseorang, automatik dia meninggalkan kesan. mgkin negatif, mgkin positif. tapi mostly buatkan seseorang tu rasa terbeban bila fikirkan orang tu. memori macam flood yang banjir dalam kepala. buat itu, ingat. buat ini teringat.

madah tak semestinya meng-expresskan semuanya. body language tak semestinya membuktikan tindakannya.

kalau masa berulang... kalaulah ada life rewind player.. owg memilih untuk tidak mengenali. tidak dikenali. :) . bukan kata ini tanda penyesalan. tapi .. adalah lebih baik untuk memilih jalan suram yang boring, daripada jalan yang mulanya tampak seronok tanpa mengetahui jalan dipenuhi duri di tengahnya. luka berdarah you know. mana ada luka sembuh sendiri.

haha. secebis kertas. secebis kertas yang memulakan semuanya. sepucuk email yang mengakhiri. dan ia berulang dengan satu mesej. tidak tahu bila pula pengakhirannya.

benda yang berulangulang dan ulang dan ulang tanpa rasa serik.

tanpa terperasan mengumpul berjuta memori yang melekat dalam segenap inci otak. dan untuk memadamnya, itu mustahil.

mencoretkan nama sahaja cukup membuatkan seseorang itu mengingati setiap momen2 penting. :)

janji bukan sekadar janji. janji yang harus ditunaikan tidak tertunai. jangan berjanji. kelak akan ada yang sakit hati.

Tuesday, November 1, 2011

does love need reason?

Lady : Why do you like me, why do you love me,dear?

Man :I don’t know, need there be a reason to love you?

Lady :If you can’t even tell me the reason, how can you profess that you love me?

Man :I may not know the reason, but I can prove that I love you.

Lady : Prove it to me? I don’t want proof! If my friend’s boyfriend can tell her the reason why he loves her, why can’t you tell me?

Man :Ok Ok! I love you…

- because your voice is sweet

- because you are caring

- because you are loving

- because you are thoughtful

- because of your smile

- because of your every movement

The lady felt very satisfied with the man’s answer.

Unfortunately, a few days later, the lady met with an accident and had gone into a coma. The guy
then placed a letter by her side, which said:

Darling,

It is because of your sweet voice that I love you…

Now can you talk? No! Therefore I cannot love you.

It is because of your care and concern for me that I love you..

Now that you cannot show them, therefore I cannot love you.

It is because of your smile,

Now that you cannot smile, therefore I cannot love you.

It is because of your every movement that I love you..

Now can you move?

No, therefore I cannot love you…

If love needs a reason, like now, there is no reason for me to love you anymore.

Does love need a reason?

NO!

Therefore, I still Love You.

” Sometimes the best and the most beautiful things in the world cannot be seen, cannot be touched, but can be felt in the heart

#love is an emotion of strong affection and personal attachment. love is a virtue representing all of human kindness, compassion and affection.

KD 8

Terlopong bukan satu tindakan yang sewajarnya Aisyah lakukan ketika ini. Dadanya berdebar mendengar butir bicara yang didengarinya dari ceruk dapur. Dia mengira sesuatu di jari.

Apa ni? Apa ni? Doa aku termakbul ke? Kalaulah boleh aku tarik balik doa aku hari tu, memang aku tarik balik! Aku tak nak!!!

“Cah.” Puan Haryati mendapatkan Aisyah di balik pintu dapur.

“Ma! Apa ni ma?” merah pipi Aisyah dibuatnya.

“Entahlah Cah. Mama pun terkejut. Tak terlalu awal ke untuk kamu terima?” soal Puan Haryati. Aisyah mengangguk laju. Hatinya cukup tidak setuju.

“Kamu nak tolak pinangan ni?” tanya Puan Haryati lagi. Aisyah pantas mengangguk laju. “Ma, lepas diploma pun belum lagi. Ni kan nak kawen? Siapa yang hantar minang tu? Putus fius apa otak dia? Patut Cah jadi Mcgiver tolong perbetul sikit neuron-neuron dalam kepala manusia yang sibuk nak minang Cah tu.” Muka Aisyah masam mencuka.

“Kamu ni! Tengah genting macam ni pun boleh buat lawak lagi. Betul ni nak tolak?” soal Puan Haryati sekali lagi.

“Iya lah! Mestilah!”

“Hari tu kamu juga yang cakap, sanggup terima siapa sahaja yang pinang kamu.”

“Doa hari tu termakbul ya ma? Patutnya Cah doa Cah dapat hadiah dari ayah Mini Cooper satu.” Gelak Aisyah.

“Ke situ pula budak ni!”

“Haryati!” panggil Encik Adri. Segera Puan Haryati menoleh. “Kejap.”

“Betul ni Aisyah? Tak menyesal?” sekali lagi dia disoal.

“Ish mama ni. Betul-betul ni!” bersungguh betul dia menolak pinangan itu.

“Baiklah kalau macam tu.” Puan Haryati berlalu pergi semula ke ruang tamu.

“Maaflah kak. Saya rasa Aisyah tu muda lagi untuk dipinang. Diploma pun belum lepas lagi. Rasanya, susah juga kalau dia nak bagi komitmen pada rumah tangga.” Lembut sahaja puan Haryati menolak pinangan itu.

Serentak itu Puan Diana dan Tan Sri Hakimi berpandangan. Pelik pula. Puan Diana menelan air liur. Malu juga apabila pinangan ditolak. Apa Haziq ni? Cerita cintakan budak ni bagai nak rak. Tapi takkan budak ni boleh tolak pinangan pula ni?

“Saya terkejut juga bila anak teruna saya minta saya masuk meminang si Aisyah ni. Sebab dia pun ada lagi dua sem untuk degree sebelum habis. Tapi beria betul dia nak meminang anak Puan Haryati dengan Encik Adri ni. Kami ingat mereka bercinta bagai nak rak.” Serba salah Puan Diana menuturkannya.

Aisyah yang dari tadi menadah telinga disebalik pintu dapur terkejut. Degree? Dua sem? Terus sahaja gadis tak tahu malu itu menerpa ke ruang tamu.

“Anak puan apa nama?” tanya Aisyah. Tidak dipedulikan air mukanya.

“Ish Cah ni! Tak tahu malu ke?” Puan Haryati menepuk belakang badan Aisyah.

“Erk? Harith Haziq.” Jawab Tan Sri Hakimi. Aisyah terpana.

“Ma...” panggil Aisyah, namun matanya masih tak lepas memandang Puan Diana. Naik kecut orang tua itu ditenung begitu.

“Kenapa Cah ni? Buat malu mama je.” Puan Haryati mencerlung ke arah Aisyah.

“Aisyah terima!” seluruh isi rumah itu terkejut. Aisyah tersenyum bangga. Dipandangnya kiri dan kanan tanpa riak malu sedikit pun. Tersenyum sahaja gadis itu.

“ASSALAMUALAIKUM.” Suara Aisyah mendatar namun bergetar. Dia cuba menyembunyikan riak seronok.

“Waalaikumussalam.” Haziq mengurut lembut belakang lehernya. Tiba-tiba lidahnya kelu untuk berkata-kata.

“Kenapa hantar rombongan meminang?” selamba sahaja Aisyah berkata. Nak malu apanya? Tak lama lagi nak tidur satu katil juga! Dah terima pun!

“Kenapa terima pinangan?” soalan dibalas dengan soalan jua. Ei! Pakcik tua keparat ni memang tau! Rasa macam nak cincang dua belas pun ada! Jadi macam Monalisa main kerat-kerat orang. Eh chop! Mona Fendy la. Kau ni Cah, orang tak bersalah dituduhnya!

“Kalau takde orang hantar, takkan ada orang terima.”

Haziq kematian akal. Entah apa nak dibalasnya. Tapi sungguh tadi dia gembira tidak terkira sehingga semua pipi ahli keluarganya digomol dengan ciuman!

Sepi.

“Haila kredit. Kesian kau dibazirkan begitu sahaja. Apa la nasib kau. Penat-penat aku reload kau, hanya untuk dibazirkan dengar orang bernafas je. Bukan nak keluar suara tu. Agaknya dia ada bela paus kot dalam mulut tu. Takut nak bercakap. Nanti paus tu keluar dari mulut dia.” Bebel Aisyah seorang diri. Haziq tergelak.

“Eh? Dia gelak pula? Nasib kau la kredit. Mengalir macam air je untuk dengar orang gelak.” Sambung Aisyah lagi. Sengaja menyakat lelaki itu.

“Kedekut kredit gila!” akhirnya! Bersuara juga pakcik keparat ni.

“Oh! Dia dah lepaskan paus dari mulut dia lah! Dia dah pandai bercakap. Alhamdulillah! Kena buat sujud syukur ni.” perli Aisyah masih bersisa.

“Kau ni! Hormat sikit. Bakal suami kau yang tengah bercakap ni.” dalam tawa Haziq menjawab. Giliran Aisyah pula terdiam. Eleleh! Malu la tu. Blushing sudah!!

“Eh? Dia pula yang senyap?” sinis betul Haziq ni.

“Apa kau nak bagi aku makan bila aku kawen dengan kau?” terpacul soalan itu dari Aisyah.

“Aku bagi makan nasi la. Takkan kau nak buat permintaan makan pasir kot?”
“Kau belajar pun tak habis lagi. Kerja pun takde lagi. Ada hati nak kawen.”

“Kalau kau tak yakin aku boleh bagi kau makan, kenapa kau still terima pinangan aku?”

Eh? Main tarik tali pula mamat ni. Aku tarik telinga kau keliling KLCC kang baru tahu. Biar panjang macam orang Sabah tu.

“Kang aku tolak kang, menangis tak berlagu pula. Aku ni kan ‘barang panas’. Semua orang nak. Kalau aku pilih orang lain, melepas lah kau.” Bangga diri sungguh si Aisyah kecil ni.

“Mulut kau tu je yang panas. Buat panas hati orang!” Haziq tak mahu mengaku kalah.

“Dah tu kenapa masih masuk minang aku?” balik-balik soalan yang sama diutarakan. Selagi Aisyah tak dapat jawapan yang tepat, dia akan sentiasa menyoal!

“Kalau Zaf pinang kau, kau terima tak?” suara Haziq mengendur. Aisyah menelan air liur.

“Aku terima je siapa pun yang pinang aku.” Ego Aisyah masih tidak mahu ditundukkan. Haziq terdiam.

“Aku nak tidur dulu. Assalamualaikum.” Haziq terus meletak ganggang. Aisyah terpempan. Salah ke apa yang aku cakap?

From: Aisyah Dania.

Message: Aku tolak pinangan abang Zafran. 14324.

Satu mesej cukup untuk membuatkan Haziq berpeluh satu badan. 143? 24? Dia pernah katakan angkat itu kepada Aisyah. Budak tu faham ke?

“Yeah!!!!” Haziq menjerit kuat. Walaupun dia berada di dalam bilik, namun jeritannya mampu didengari di setiap pelosok rumah.

“Haziq! Haziq! Kenapa ni?” soal Puan Diana cemas. Setelah mendengar jeritan Haziq, dia terus bergegas mendapatkan anak sulungnya itu. Haziq terkedu sebentar.

“Takde apa.” Haziq menggeleng kecill. Haikal dan Danisya di belakang mama mereka hanya tersengih. Gila nak kawen sangat punya pasal lah ni.

ZAFRAN merengus lemah. Kahwin? Tak sangka Haziq akan menang perlawanan ni. tak sangka juga Aisyah memilih Haziq daripada dirinya. Dia ingatkan Aisyah berkongsi perasaan yang sama dengan dirinya. Tak sangka...

Mesej dari Haziq dibaca sekali lagi. Namun Zafran cukup tenang mengatasi semua ini. Tengok sahaja berapa lama Aisyah boleh bertahan dengan perangai Haziq. Dia hanya akan menunggu.

Dia tidak akan mengganggu. Cuma akan menunggu hingga ke akhirnya. Umur baru setahun jagung dah nak kawen. Perkahwinan yang dibina pula hanya berdasarkan cinta. Sekuat mana cinta itu? Itu pun tak pasti jika benar Aisyah mencintai Haziq.

Zafran bangun dari katilnya. Dia turun ke dapur. Dibuka peti sejuk. Dia mengeluarkan sebekas aiskrim. Aiskrim itu dibawa ke meja makan. Sudu dibenamkan ke dalam aiskrim itu.

“Waktu sejuk makan aiskrim?”

Zafran terdiam. Teringat pesan Aisyah. Waktu-waktu sejuk makan aiskrim? Mati terus seleranya. Zafran memandang ke luar tingkap membuang pandang ke arah hujan yang lebat membanjiri bumi.

Aisyah...