Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Monday, May 21, 2012

SASS END

“Seriously, I minta maaf sangat-sangat dengan apa yang dah jadi.” Fatin berharap agar Farhan sudi memaafkannya. Tiub yang bersambung di tubuh Farhan dipandang ngeri. Jarum? Huih! Minta simpang!

“Kan aku dah kata, keluar. Kau tak faham ke? Keluar!” jerit Farhan.

“I’m sorry okay!” Fatin masih tidak mahu mengalah.

“Weh perempuan sial! Keluar la! Kau tu menghancurkan hidup aku aje!” herdik Farhan. Darah Fatin turut mendidih.

“I minta maaf elok-elok, yang you nak sial-sial I kenapa?! You ingat you artis, you bagus sangat la? You ingat muka macho you tu boleh buat semua orang suka you? Hello encik artis, bukan orang lain takat tak suka dengan you, tapi cemuih! Menyampah!” terus Fatin berlalu meninggalkan Farhan yang dilanda taufan Katrina.

Fatin yang baru keluar dari perkarangan hospital, terus diserbu media. Terpinga-pinga sebentar gadis itu. Apa ni kecoh-kecoh?

“Cik, dengar khabar cik lah punca Farhan dengan Qistina break up. Betul ke?” tanya seorang wartawan. Belum sempat Fatin menjawab, seorang lagi bertanya, “Ini cinta tiga segi ke?”

Fatin berkerut dahi. “Cik tahu tak kesan menjadi orang yang ketiga?” sebiji lagi mikrofon ditalakan kepadanya. Fatin geram!

“Dengar eh. Saya bukan...” belum sempat Fatin menghabiskan kata-katanya, Farhan terlebih dahulu memintas, “Saya yakin dia boleh jadi teman hidup saya selamanya.” Fatin membulat sambil memandang Farhan. Apa dia ni? Gila dia ni! Gila! Gila!

Dan mereka diserang media bertubi-tubi. Fatin hanya mampu senyap. Pening pula kepalanya apabila dihujani dengan pelbagai soalan. Biarlah Farhan yang jawab. Biarlah Farhan yang uruskan semua. Mungkin ini aje yang aku boleh buat untuk bayar balik apa yang aku buat kat dia.

“Bila kalian akan berkahwin?” tanya seorang wartawan. Dan ketika itulah Fatin pengsan.

Berbulan sudah semua itu berlalu. Fatin masih lagi dengan perangainya. Tapi hubungan mereka kian membaik.

“Weh pirana, malam nanti aku ambil kau pergi dinner tau.” Ujar Farhan di hujung talian.

“Maaf. Tiada orang bernama pirana di sini. Dan setahu saya pirana tu sejenis ikan. Saya manusia. Bukan ikan.” Jawab Fatin.

“Sudah la pir, aku nak shooting ni. Malam kang aku jemput kau, tau!”

“Siapa kata I nak ikut you keluar dinner?” Fatin mencebik.

“Budak ni kan!”

Talian dimatikan oleh Fatin. Dia ketawa sendiri. Padan muka! Buli lagi.

Malam yang dijanjikan untuk mereka bertemu tiba jua. Fatin mengenakan sehelai blaus labuh berwarna putih, dipadankan dengan cardigan hitam labuh hingga ke paras betis. Dia memakai tudung bawal bidang 45’ dan itu cukup untuk menutup dadanya.

“Kenapa cantik sangat malam ni?” soalan bernada sinis itu dilontarkan Farhan. Lelaki ni memang mulut jahat eh?

“Haih, nak keluar dengan artis, takkan la nak pakai t-shirt bundle. Karang masuk paper, tak voke la!” balas Fatin. Farhan hanya ketawa. Mereka mengambil tempat di meja makan restoran itu.

“Aku ada benda nak cakap dengan kau ni.” Farhan memulakan bicara. Fatin hanya mendengar.

“Aku tahu benda ni macam tak tersusun. Punca daripada filem negatif tu, kita bergaduh. Saling maki-memaki. Tak bersefahaman. Tapi berberapa bulan yang terakhir ni, masa aku habiskan dengan kau, aku rasa kau bukannya teruk sangat.” Komen Farhan. Fatin menjungkit kening sebelah.

“So?” Fatin masih belum dapat poinnya.

“Aku rasa.. erm.. aku rasa..” Farhan tiba-tiba gagap. Fatin mencebik. “You rasa apa? You nak kata you dah terjatuh hati dengan I?” serkap Fatin. Farhan memandang Fatin dengan mata membeliak.

“You jangan nak buat mata macam tu la. Macam ikan mas tau tak! Ingat lawa sangat la tu?” Marah Fatin yang tidak senang ditenung begitu.

“Dah tu, kau nak aku bereaksi macam mana?”

“Dah la. Malas I nak layan you. Makan lagi bagus. Ni mana waiter ni? I dah lapar ni.” Fatin melilaukan matanya mencari pelayan.

“Ish! Pasal benda tadi tak selesai lagi.” Farhan tak puas hati.

“Apa dia yang you nak cakap?”

“Apa yang kau cakap tadi tu la.” Farhan masih tidak mahu menyatakan apa yang dia rasa.

“Apa yang I kata? You tu je yang banyak cakap. Mulut macam machine gun.” Fatin terasa menyampah pula.

“Aku nak cakap, kau menyampuk! Memang ini la jadiknya.” Farhan mula yang naik angin.

“Apa? Pasal statement I yang kata you jatuh hati dengan I tu? Pfft.. semua tu takkan jadi, kan? You still sayang Qis, kan?”

“Kalau aku kata aku dah tak sayang dia, macam mana?”

“So? Live your life la.”

“Kalau aku nak life aku dengan kau?”

Dan kali ini memang mulut Fatin terkunci. Dia benar-benar terkejut dengan soalan Farhan. Seketika kemudian, Farhan menolak sehelai kertas A4 yang berlipat empat. Fatin pelik.

“Apa ni?” tanya Fatin.

“Kertas la. Buka.” Arah Farhan. Fatin menyambut huluran kertas Farhan lantas membukanya. Hanya Allah sahaja yang tahu degup jantungnya ketika itu.

JADI ISTERI SAYA, FOREVER AND EVER?

Fatin memandang Farhan meminta penjelasan. Farhan berlagak tenang. sedangkan dalam hati, dia sendiri takut jika perempuan itu menolak cintanya. Perangai Fatin yang gila-gila membuatkan Farhan tertarik dengan gadis itu.

“Betul la macam yang kau kata tadi. Aku, terjatuh hati kat kau..” kata Farhan. Mukanya merah padam. Atototo, comel! Fatin tidak tahu apa yang perlu dia jawab.

“Kenapa kau diam? Jawab la.”

“Kalau itu yang you rasa bagus untuk you, untuk I.. erm .. okay kot.”

Jawapan Fatin membuatkan Farhan tersenyum lega.

“Tapi dengan syarat.” Fatin menyambung.

“Syarat apa?”

“I tak nak life saya terganggu dengan media. Nanti pengsan lagi macam hari tu!” kata-kata Fatin membawa tawa dari Farhan.

Hidup Farhan dan Fatin, begitulah ceritanya. Okey fine. Ending dia laju. Actually cerita dah sangat-sangat sangatttt lama. Berapa tahun pun tak tahu. Dah berhabuk pun. harap2 sikit sebanyak, boleh bagi korang enjoy. Ain tahu banyak cacat celanya cite ni. ain takde edit langsung pun. hahah. Malas! Ok, saya pemalas. Haishh. Kalau dah settle semua, ain akan cuba perbaiki cerita ni. ;) tengs to all yang baca. ^_^

SASS 3

Hampir dua minggu Fatin tidak tenteram hidupnya. Bekerja di syarikat milik bapa teman seperjuangan ketika berada di London merupakan cara yang boleh dia buat untuk melupakan rasa bersalahnya.

Bukan dia tidak mahu membantu Farhan, tapi dia masih tidak menemui caranya. Berkali-kali Farhan menelefonnya. Tidak berani pula dia ingin mengangkat panggilan itu. Maafkan I, Farhan.

Fatin menyelak fail-fail di hadapannya. Namun kepalanya tidak dapat fokus dengan kerjanya! Radio, televisyen, semuanya heboh tentang skandal Farhan Azman dengan Qistina.

“Atyn, aku kesian gila kat Farhan tu. Dah hampir dua minggu dia kena serang dengan media. Siapalah yang kejam sangat pergi publish gambar dia kat media? Teruk betul orang tu.” Nini yang duduk di hujung meja Fatin sibuk bercerita.

Fatin menelan air liur. Terkena batang hidung sendiri. Aiyak! Si Nini ni macam masuk acara memanah, aku pula yang menjadi targetnya. Tepat pula tu kena muka comel ni!

“Kenapa tak hilang-hilang lagi skandal dia? Bukan ke selalunya media sekejap je berita ni. Bila dah lama, lesaplah.” Fatin berpura-pura sibuk.

“Manalah aku tahu. Aku bukan kerja dengan media makcik! Aku kerja dengan syarikat pembinaan! Kau ni pun satu.” Nini membelek kukunya.

“Selesai dah bersembang?” Encik Zulkifli berdiri memeluk tubuh di hadapan mereka berdua. Nini hanya tersengih. Tergugat iman aku dengan Encik Zulkifli ni. Hensem pun hensem. Kacak bergaya! Buat suami ni, kelass kot!

“Alah along, orang rehat sekejap je.” Nini memeluk manja lengan abangnya. Mentang-mentanglah syarikat bapa dia.

“Iya lah tu. Cuba tengok Syu tu, rajin je. Bukan macam Nini. Macam mana lah ayah boleh ambil adik kerja kat sini? Setakat degree dari London tu, apalah sangat. Along yang ada master pun, waktu mula-mula masuk sini kena mula dari bawah tahu. Buat air, fotostet sana sini. Yang adik ni, senang-senang je dapat jadi eksekutif.” Bebel Encik Zulkifli.

“Along jangan jeles. Adik anak kesayangan ayah.” Nini tersenyum bangga. Manja sungguh dia dengan abangnya itu.

“Sudah! Buat kerja. Jangan tahu nak bersembang je.” Encik Zulkifli memberi arahan. “Syu, kalau Nini ni datang kat meja Syu, Syu tak payah layan dia ni. Biar dia membebel seorang diri. Kalau dilayan minah ni, sampai pagi esok pun tak habis cerita lagi.” Pesan Encik Zulkifli pada Fatin Syuhada. Fatin tersengih seraya mengangguk. Nini masam mencuka.

“Pergi la jauh-jauh along ni. Sibuk je.” marah Nini.

“Tu la kau. Bercerita tak habis. Kau jangan lupa, pukul dua nanti kita kena jumpa klien. Adik, adik juga. Jawatan eksekutif pun kau kena jaga juga. Kau dengar sikit cakap abang kau tu. Kau dengan aku sama je. Senang-senang jawat jawatan eksekutif. Nasib baik ayah kau bagi peluang kat kita. Jangan sia-siakan!” Fatin pula yang mengambil alih untuk membebel.

“Iya-iya. Aku tahu. Aku akan buktikan kat along aku tu, yang jawatan aku dapat ni, bukan sebab ayah aku. Tapi sebab kebolehan aku!” Nini mula bersemangat. Tapi semangatnya lain. Dah melebih sangat ni. Drama queen je lebih.

“Kau pergi selidik dulu klien yang ni. Lepas ni kita nak jumpa dia. Jangan kau berangan je nanti!” Fatin menyerahkan fail hitam itu kepada Nini. Fail disambut mesra.

Setelah Nini pergi, Fatin tersandar di kerusinya. Farhan, I minta maaf sangat. Telefon bimbit yang bergetar, mengejutkan Fatin. Farhan? Talian dimatikan. Aku belum bersedia nak tolong budak ni. Haish. Rasa bersalah mencengkam jiwa.

“DAMN! Berani kau lari dari aku lepas buat kecoh?” Farhan menggenggam kuat telefon bimbitnya. Geram dengan tindakan Fatin yang tidak mempedulikan dirinya.

Dua minggu dia buat pengambaran, dua minggu itu jugalah selepas habis shooting, dia terpaksa merempuh belasan wartawan yang sibuk mengambil tahu hal hidupnya. Itu satu, satu masalah lagi apabila Qistina selalu melenting apabila diganggu di tempat kerja.

Farhan mengurut leher yang terasa letih. Semuanya berpunca dari filem negatif itu! Kalaulah dia tak keluar dengan Qistina sewaktu pengambaran di luar negara hari tu. Kalaulah mereka tidak bergambar. Semua takkan terjadi!

Tapi kalau si tak guna Fatin tu tak lalai simpan gambar yang dia cuci, kalau perempuan sial tu tak cuci gambar tu, kalau perempuan tu tak ambil tahu tepi kain orang, semua takkan berlaku!

Farhan menyepak pokok kecil yang berada di sebelahnya. “Auch!” dia terjerit kecil. Sakit apabila duri pokok bunga mawar itu menikam ibu jarinya. Darah menitik. Farhan merengus.

“Lia! I nak tisu!” panggil Farhan terhadap pembantunya. Terkocoh-kocoh gadis kecil itu membawa sekotak tisu kepadanya. Farhan menarik tisu itu dengan kasar dan mengelap darah yang keluar dari tusukan duri tadi.

“I nak keluar sekejap.” Putus Farhan.

“Tapi you ada shooting lagi kejap lagi.” Lia cuba memujuk.

“Sekejap je.” Farhan menyambar jaket kulitnya dan mengeluarkan kunci kereta dari poket jaket itu. Keretanya laju meluncur di atas jalan raya.

“QIS, I nak cakap dengan you kejap. I kat luar bangunan you.” Farhan segera mematikan talian. Malas nak mendengar alasan wanita itu untuk tidak bertemu dengannya.

Mahu atau tidak, Qistina terpaksa keluar sebentar dari tempat kerjanya untuk berjumpa dengan Farhan.

“You nak apa? Bukan I dah cakap kita putus?” dingin sahaja kedengaran suara Qistina. Dia memeluk tubuh. Tidak juga memandang lelaki kacak itu.

“I tak nak putus. Lagipun, ni bukan salah I. Ada orang jumpa filem negatif tu. Dia yang pergi publish dekat media.” Farhan membela diri.

“You see, Han. I tak kisah dengan apa sekalipun alasan you nak bagi. Yang I tahu, semua ni berpunca daripada you. Tak payah you nak salahkan orang lain. Atau, ni memang trick you sebab nak paksa I kawen dengan you?” serkap Qistina. Pandangan tajam itu menikam mata Farhan.

“Apa maksud you?”

“Mungkin you yang publish dekat media gambar kita, supaya you dengan I digosipkan bersama. Then you boleh la announce yang you memang boyfriend I, and you dengan I akan bernikah soon. Kan? Macam I tak tahu trick you.” Qistina menjeling Farhan.

“What?! Hey, memang I minta you kawen dengan I before. Tapi I hormat keputusan you yang gilakan karier you daripada marriage. I tak mungkin lah paksa you dengan cara macam ni.” Farhan meninggikan suara.

“You tinggikan suara you pada I? Look, I takde apa yang nak dibincangkan dengan you lagi. Enough is enough. You dengan I, are over. We’re done. Okay? Jangan cari I!” Qisitina terus masuk ke dalam bangunan itu semula. Farhan menyepak tayar keretanya.

Seketika kemudian, baru dia terasa kesakitannya. Dua kali sepak tak menjadi. Asyik sakit je kaki ni! Farhan terus masuk ke dalam perut kereta.

Nombor Fatin sekali lagi didail. Tiada jawapan. Dia terus mendail dan mendail. Biar perempuan itu bosan dan mengangkat panggilannya! Dia tidak akan berhenti mendail selagi perempuan itu tidak mengangkat.

FATIN serba salah apabila telefonnya berdering nyaring di hadapan klien pentingnya. Terjungkit kening lelaki separuh abad berkot korporat di depan meja makan. Fatin tersengih-sengih.

“Maaf.” Fatin mematikan talian. Nini di sebelah mula tidak senang duduk apabila melihat reaksi lelaki di depan mereka yang mula berkerut.

“It’s okay.” Kata lelaki itu.

Telefon bimbit Fatin sekali lagi berbunyi. Fatin memejam mata menahan geram. Mangkuk ayun, mangkuk jamban betul dia ni tahu! Tengah kritikal macam ni, boleh pula call. Getus Fatin.

“Angkat dulu. Mungkin penting.” Kata lelaki tua itu. Fatin mengangguk dan meminta diri untuk beredar sebentar. Dia meminta Nini untuk menerangkan tentang bangunan yang bakal dibangunkan.

“Hello! You nak apa? I tengah busy meeting dengan klien la. Nanti I call you balik.” Cepat sahaja Fatin bercakap.

“What?! Call me back? No no no. Tak tak! Kau busy meeting, aku busy melayan media! Aku nak selesaikan sekarang juga. Tunggu kau call aku, memang sampai kiamat pun takkan! Aku call kau pun, kau tak angkat. Dah beratus misscall aku kat kau!” kuat suara Farhan hampir membuatkan gegendang telinga Fatin pecah!

“Aku janji, aku call kau lepas ni.” Fatin cuba meyakinkan Farhan.

“Ahh! Tak. Aku tunggu kau kat Taman Tasik. Aku tunggu sampai kau datang!” talian mati. Fatin menghembus nafas berat. Dia mematikan telefon bimbitnya. Risau jika ditelefon lagi.

FATIN dan Nini tersenyum gembira apabila melangkah keluar dari restoran itu. Berjaya! Kontrak pertama berjaya ditandatangani. Jenuh juga nak pujuk tadi. Berbuih mulut menerangkan itu dan ini. Tak sia-sia aku belajar jauh-jauh. He he he.

“Nak celebrate kontrak pertama kita?” tanya Nini ceria.

“Jom!” Fatin terus bersetuju.

“Kita nak pergi mana?”

“Alamanda! Shopping!!!” bersungguh betul Fatin. Nini mengangguk setuju.

Jam menunjukkan pukul lima petang. Telefon bimbit Nini nyaring berbunyi. Beg kertas di tangan Nini diserahkan kepada Fatin supaya memegangnya sebentar.

“Hello?”

“Hello? Nini, ada mana ni? Tak habis meeting lagi ke?” Encik Zulkifli kedengaran risau. Nini menggigit lidah.

“Dah. Kita orang ada kat Alamanda ni. Shopping sikit.” Jawab Nini jujur.

“Shopping? Hey! Waktu kerja belum habis lagi lah!!” Fatin yang berada di sebelah Nini pun boleh dengar suara nyaring di corong telefon. Masing-masing menggigit lidah.

“Along, rilek la. Kita orang dah dapat kontrak tu la!” Nini tersenyum bangga.

“Dah dapat? Kau orang dah dapatkan kontrak tu? Alhamdulillah!”

“Bangga tak?”

“Hey! Jangan nak ubah topik. Dapat tak dapat, kena jadi professional! Dapat, terus balik pejabat! Ni tak, pergi shopping pula dia! Balik!”

“Iya-iya. Orang nak balik lah ni.” Nini menjelir lidah. Nasib baik alongnya tak nampak. Kalau dia nampak, memang nahas!

“Kenapa?” Fatin menyiku Nini.

“Along dah bising. Jom balik.” Ajak Nini. Fatin mengangguk.

Setibanya di pejabat, Encik Zulkifli merenung Nini dan Fatin dengan perasaan tidak puas hati.

“Baru nak sampai?” sindir Encil Zulkifli.

“Maaf long.” Nini menunduk merenung ibu jari kaki. Macam kena marah dengan mak rupanya.

“Meh sini.” Tegas suara Encik Zulkifli. Fatin dan Nini merapat ke arah Encik Zulkifli.

“Mana kontrak?” pinta dia.

Nini menyerahkan kontrak itu. Terus sahaja tubuh adiknya itu didakap. “Yeah!” jerit Encik Zulkifli. Terkesima mereka berdua sebentar sebelum bergelak ketawa bersama.

AZAN Maghrib berkumandang. Farhan masih berada di dalam kereta berdekatan dengan Taman Tasik. Sebal hatinya menunggu Fatin yang tak kunjung tiba. Stering kereta diketuk kuat bagi meluahkan rasa marahnya. Dah la tadi kena bising dengan pengarah sebab tak ada kat lokasi.

Farhan meraup wajahnya entah untuk keberapa kali. Letih sungguh menunggu makcik tua ni. Entah dia ingat atau tidak temu janji mereka.

Fatin sibuk mengemas fail di atas mejanya. Penat pula tubuhnya. Sampai kertas kerja dibawa balik ke rumah. Ni memang dah tahap sibuk gila kot!

Selesai mengemas itu dan ini, Fatin terbaring di atas katil. Tangannya didepakan di atas katil. Letihnya!

Mata dipejamkan sebentar. Mata terbuka luas kemudiannya! Ahh! Aku lupa sesuatu. Segera Fatin bangun dan masuk ke bilik air. Lupa nak solat Maghrib. Tu la, sibuk sangat dengan kertas kerja.

Usai solat Maghrib, Fatin menadah tangan dan memohon keampunan dari yang Maha Esa. Sedang sibuk khusyuk berdoa, tiba-tiba jantung Fatin berdegup bagai nak meletup. Kenapa ya? Rasa seperti membuat silap terbesar!

Fatin menarik nafas sedalamnya sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Telekung dibuka perlahan. Sejadah dilipat sebelum disidai di penyidai. Fatin menghenyakkan punggungnya di atas katil. Melantun semula tubuhnya dek spring yang berada di dalam tilam itu.

Apa yang aku buat, ea? Kenapa rasa serba salah ni? Fatin mendapatkan telefon bimbitnya di dalam beg tangan. Patutlah dari tadi tak berbunyi telefon ni, mode silent rupanya! Berpuluh misscall, berbelas mesej yang ada. Semuanya datang dari Farhan Azman!

FarhanAzman : Kau kat mana?

FarhanAzman : Aku tunggu kau dah lama ni. Bila kau nak datang?

FarhanAzman : Kau ni datang ke tak? Kau sengaja nak lari dari aku, kan?!

FarhanAzman : Kau memang tak nak datang ke?

FarhanAzman : Dah dua jam aku tunggu kau! Kau kat mana ni?

FarhanAzman : Wey bitch!

Bulat mata Fatin memandang mesej yang terakhir dibacanya. Terus sahaja mesej yang lain tidak dibacanya. Bitch dia panggil aku? Ni dah melebih? Aku bukan sengaja tak pergi. Aku lupa doh!

Fatin membaling telefon bimbitnya ke dinding. Entah kenapa sebal pula rasanya. Deraian telefon bimbit itu langsung tidak mengganggu konsentrasi Fatin yang sedang membuak-buak marahnya pada lelaki bajingan itu.

Awat, hang ingat hang baguih sangat? Piiiraahh! Hang menyombong na la ni! Dulu waktu hang kecik, hang tak famous, hinguih dok meleleh, semua orang tak pandang hang. La ni nama dah naik, amboi! Menyombong. Setakat artis macam hang, sepuluh aku boleh dapat. Aku petik jari, berdeghet (berderet) mai kat aku. Bebel Fatin sendiri. Nak membebel ni kalau loghat utara yang sedap. Silap ke tak, itu belakang cerita.

Setelah hati Fatin sedikit sejuk, barulah penyesalan bergayut di hati. Aduhai... berderai sudah telefon. Ingat murah ke telefon tu? Ni nak kena korek gaji bulanan la ni beli phone baru. Tu la, perempuan kalau angin, memang tak ingat apa dah. Habis semua kat tangan dibalingnya.

Kalaulah kat tangan ada pisau, memang dah dibalingnya tepat ke arah si empunya badan yang menyakitkan hati.

Fatin mengambil semula telefon bimbitnya yang sudah pecah. Bodohnya. Tak guna naik angin untuk budak teruk tu.

Fatin mengeluh perlahan. Dia beristighfar sebentar. Kakinya berjalan laju ke almari dan mengeluarkan blaus dan kain kembang lalu digantikannya dengan pakaian yang sedang dipakainya.

Tudung yang sudah disterika dipadankan dengan baju. Stokin disarung ke kaki. Beg tangan diambil. Telefon yang pecah digenggam.

“Mak, orang keluar kejap. Phone orang rosak sebab jatuh dalam bilik air tadi. Orang nak pergi cari phone kejap. Takut klien cari nanti, susah pula.” alasan Fatin diterima pakai oleh maknya yang sedang sibuk melipat kain baju.

“Abah mana?” soal Fatin lagi.

“Macam biasa. Surau.” Balas maknya. Fatin mengangguk sebelum menyalam maknya dan berlalu pergi.

NOKIA C3 di tangan dipandang sepi. Malas nak tukar telefon mahal-mahal. Nanti kalau kena baling lagi, tak ke naya? Panas baran juga kau ni, Fatin.

Fatin mendail nombor seseorang.

“Assalamualaikum.” Katanya. “Waalaikumussalam.” Balas orang di sana.

“Even you marah sekalipun, tak patut panggil orang bitch. You ingat you perfect sangat? By the way, I tahu salah I sebab tak call you back, tak jumpa you, and not even leave you a message pun. I terlupa okay. I baru jumpa klien, and I baru dapat my first kontrak. I silentkan phone I sampai I lupa nak tukar mode.” Terang Fatin.

Panggilan termati. Fatin cuba mendailnya sekali lagi.

“Farhan!” jerit Fatin.

“Aku penat. Aku nak tidur. T.T.Y.L.” katanya. Talk-to-you-later dipendekkan menjadi abjad. Fatin mula naik darah. Sekali lagi panggilan dimatikan Farhan.

Dan sekali lagi juga Fatin mendail nombor lelaki itu. Kali ini panggilan itu lambat diangkat.

“Assalamualaikum.” Suara perempuan di hujung panggilan mengejutkan Fatin.

“Waalaikumussalam. Boleh saya cakap dengan Farhan?” tanya Fatin dengan baik. Hilang rasa marahnya.

“Farhan tengah tidur. Sekarang ni dia perlukan rest yang cukup. Dia baru masuk hospital tadi.” Cerita gadis itu. Fatin terkejut.

“Hospital? Kenapa dia masuk hospital?” Fatin mula menggelabah.

“Boleh senyap sikit tak? Aku nak tidur pun tak senang. Kau cakap dengan perempuan tu, tak payah contact aku lagi dah. Aku tak perlukan dia.” Suara Farhan yang membebel dari jauh, masih didengari Fatin. Sedikit terkilan hati Fatin.

“Cik, kalau cik nak datang melawat Farhan, cik datang la ke hospital. Nanti saya SMS kan nombor wad.” Ujar gadis itu.

“Kau tak payah menyibuk la nak bagitahu aku kat mana. Letak telefon tu! Kerja kau, buat apa yang aku suruh je. Tak payah nak sibuk-sibuk hal lain.” Farhan sekali lagi memarahi pembantunya. Lantas talian mati.

Fatin tak sempat berkata apa-apa. Seketika kemudian, telefonnya menerima mesej dari Farhan.

Tapi sebenarnya bukan Farhan yang menghantar pesanan kepadanya, tetapi pembantunya untuk memberitahu bilik wad yang Farhan diami.

SASS 2

FATIN keluar dari kedai cuci gambar itu. Terkedu sebentar dia apabila melihat gambar-gambar yang baru dicuci. Sungguh dia tak percaya. Ni kalau bagi kat media ni, aku boleh untung lebih ni! Fatin menepuk-nepuk gambar yang dicuci. Tersengih dia.

Astaghfirullahalazim! Fatin! Sampai hati kau fikir macam tu. Tak baik tahu. Mengaibkan orang. Hilang senyuman nakal dari bibir Fatin.

Filem negatif yang dipegang, segera disimpan di dalam tas tangan. Benda ni perlu dipulangkan! Nekad sungguh Fatin.

Fatin? Apa ke bodohnya kau. Farhan Azman tu artis. Kau tahu artis? Orang yang ada nama. Memang tak lah kan kalau kau nak jumpa dia empat mata. Silap-silap bodyguard dia humban kau masuk longkang!

Tapi tak silap kalau kau cuba, Fatin. Mungkin dia akan berterima kasih kat kau. Lepas tu belanja kau makan kat restoran mahal-mahal! Angan Fatin.

“LEPASKAN saya! Lepaskan saya!!” jeritan Fatin tidak dipedulikan dua orang lelaki berbadan tegap yang mengangkat dirinya keluar dari kawasan pengambaran. Sah-sah angan kau tu cuma angan-angan, Fatin oi.

Kau tengok cara si mangkuk ayun tu pandang kau sebelah mata je? Dia buat macam kau ni parasit je. Artis baru tu! Baru nak cipta nama pun dah berlagak. Macam kau tu bagus sangat? Gumam Fatin dalam hati.

“Sakitlah!” marah Fatin apabila dua lelaki berbadan tegap tadi meletakkan dia secara kasar di luar lokasi pengambaran.

Fatin menggosok-gosok lengannya yang terasal sengal dipicit. Meluat sungguh dengan lelaki bernama Farhan Azman tu. Tiba-tiba ideanya muncul.

Dia mengeluarkan kertas dari beg tangannya dan mencatit sesuatu di kertas itu. Dia tak berani untuk menitipkan sekali filem negatif itu kepada Farhan. Takut jika orang lain mengambilnya dan dia akan dituduh mengaibkan lelaki itu ketika gambar itu terpapar di seluruh muka surat khabar.

Gambar Farhan bersama model terkenal, Qistina berpelukan pasti menjadi isu hangat di setiap akhbar. Selesai menulis nota, Fatin masuk kembali ke kawasan lokasi. Lelaki berbadan tegap tadi memandangnya bagai nak telan!

“Okay, sekarang saya datang bukan nak ceroboh okay? Saya nak minta tolong awak bagi nota ni kat si kerepeng Farhan Azman tu. Boleh?” takut-takut Fatin menghulurkan kertas kecil itu kepada lelaki berpakaian hitam.

“Baik.” Katanya ringkas. Fatin tersenyum dan segera beredar.

“SIAPA yang bagi nota ni?” tanya Farhan. Dia duduk sambil kaki bersilang. Lagak macam big bos sahaja!

“Perempuan yang ceroboh masuk kawasan lokasi tadi.” Lelaki berbadan tegap yang bernama Muaz itu menjawab.

“Okay. Awak boleh keluar.” Arah Farhan sambil menjeling. Sombong! Bongkak! Itulah yang boleh diterangkan melalui sikapnya.

Awak ada kehilangan barang? Check your bag. Maybe you ada jatuhkan FILEM NEGATIF you. Call me back, Atyn. 0134567890

Bulat mata Farhan membaca nota yang ditinggalkan. Segera Farhan mencapai beg sandangnya dan mencari-cari filem negatifnya. Tiada! Hanya tinggal satu koyakan pada beg galasnya yang tersimpan kemas filem negatif itu.

Damn! Farhan menghempas beg galasnya. Farhan cepat-cepat mencapai Samsung Galaxy dan mendail nombor Fatin.

“Hello, assalamualaikum.” Lembut suara Fatin di hujung talian.

“Hello! Bagi balik filem aku.” Keras sungguh kedengaran suara Farhan. Fatin mengerut dahi.

“Salam takde, apa pun takde, tiba-tiba minta filem? Awak ni siapa?” sengaja Fatin menduga kesabaran lelaki bongkak itu. Lelaki ni memang patut diajar macam mana nak hormat orang lain!

“Aku Farhan. Malas aku nak berbasi-basi dengan kau. Sekarang, bagi balik filem aku!”

“Farhan mana ye?” Fatin berbaring di atas katil. Seronok dia mengenakan artis itu. Bukan senang nak bercakap dengan artis tahu!

“Kau jangan main-main dengan aku boleh tak? Aku takde masa la nak layan perempuan macam kau. Banyak lagi kerja yang aku boleh buat dari berbual kosong dengan kau.” Bebelan Farhan tidak dipedulikan.

“I tanya, Farhan mana? Banyak sangat nama Farhan kat dunia ni. You ingat, nama you seorang je Farhan?” suara Fatin ditinggikan.

“Farhan Azman, seorang artis? Know me?” suara Farhan kedengaran kesal. Fatin menahan tawa.

“Sorry, I tak kenal lah artis Melayu yang baru-baru. P.Ramlee I kenal lah.” Fatin menjauhkan telefon bimbit daripada telinganya. Ketawanya tidak mampu ditahan.

“Kau ni kan! Aku nak filem aku balik!” marah Farhan.

“You, I bukan apa. Because of your behavior, I tak rasa macam nak pulangkan balik filem you dengan Qistina ni balik.” Fatin menimbang-nimbang filem di tangannya.

“What?! Kau tengok?!”

“What, what? Oh. Did I said Qistina? Sorry lah you. I ingat ni filem I waktu oversea dulu, tak sangka pula keluar gambar mangkuk tingkat dengan model Malaysia. By the way, you looks so buruk! I ingat certain artis sangat hensem bila luar dari televisyen. Tapi you? Totally not that handsome!” sengaja Fatin menyimbah minyak petrol pada api. Biar tahu rasa!

“Melebih dah ni! Kau bagi balik filem aku sebelum aku saman kau!”

“Saman? Takutnya I. Okay. You nak main ugut dengan I? Beres. Esok you jangan lupa tengok muka hadapan paper okay? Pastikan muka you sama dengan muka dalam picture yang I nak bagi kat media tu. Takut nanti peminat you tak kenal you pula.” Fatin berbalas ugutan. Tapi tak mungkin dia akan melakukan itu. Dia hanya ingin lelaki itu meminta maaf dengan apa yang telah lelaki itu buat ketika di kawasan lokasi.

“Damn! Kau nak apa sebenarnya?”

“Nak apa? I just nak dengar you minta maaf kat I sebab halau I macam kucing kurap tadi. Totally tak baik! You ni hati manusia ke hati beruk? Even beruk pun tak buat spesies dia macam tu tahu.”

“Maaf? Bukan salah aku. Buat apa aku nak minta maaf?” Farhan masih tak mahu mengaku kalah.

“So you tak nak admit salah you? Okay. Assalamualaikum.” Talian dimatikan. Fatin ketawa gembira. Berguling-guling dia di atas katil keseronokan.

“What the???” Farhan menghempas telefon bimbitnya. Tak guna! Setelah berfikir sejenak, dia kembali mendapatkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Fatin.

“Hello, assalamualaikum.” Jawab Fatin selamba. Farhan menjulingkan mata.

“Waalaikumussalam.” Balas Farhan lebih lembut.

“Good.” Puji Fatin.

“Aku minta maaf sebab halau kau tadi kat tempat lokasi. Now, boleh aku dapatkan balik filem aku?” keluhan Farhan meniti di bibir. Fatin tersenyum kemenangan.

“Anda dimaafkan. Tahniah kerana menyedari silap anda.”

“Aku nak balik filem aku.”

“Iya. I bagi. Minggu depan. Okay? I busy la sekarang. Macam mana you busy, I pun busy juga. Just hari ni je I ada masa untuk jumpa you then pulangkan filem you. Tapi you yang sia-siakan peluang you. Sorry, bye.” Fatin menamatkan talian lantas mematikan telefon bimbitnya.

Farhan terlopong tidak percaya. Boleh pula budak ni main-main dengan aku. Farhan menepuk dahi. Mampus aku kalau budak tu bagi kat media. Dia ingin mendail nombor telefon Fatin sekali lagi.

Farhan tersentak apabila telefon bimbitnya berdering dahulu. Qis? Senyuman bahagia jelas terpampang di mukanya.

“Hello sayang?” Farhan mengunci pintu supaya tiada siapa yang masuk mengganggunya.

SEMINGGU berlalu. Seperti yang dijanjikan, Farhan Azman bertemu dengan Fatin Syuhada. Sengaja Fatin memilih untuk bertemu di tempat yang sesak dengan orang ramai. Kedai mamak!

Farhan berjalan masuk ke dalam kedai mamak itu. Dia berhenti seketika di hadapan pintu masuk. Topi yang dipakai ditarik ke depan sedikit. Cermin mata hitam dibetulkan. Dia risau kalau-kalau ada orang yang mengenalinya.

Fatin yang sudah lama menunggu mula bosan. Janji pukul sebelas. Sekarang dah pukul sebelah empat puluh lima! Fatin mengangkat punggung ingin pergi.

“Chopp!!” Farhan segera menahan Fatin yang sudah berkira-kira ingin keluar dari kedai makan itu. Terkejut dengan tindakan lelaki yang tidak dikenali itu, pantas Fatin menepis kasar.

“Awak ni siapa?” tanya Fatin agak kasar.

“Aku lah!” bisik Farhan perlahan. Mata disebalik cermin hitam yang dipakainya melilau melihat orang keliling yang mula memasang mata melihat mereka.

“Aku siapa?” Fatin buat-buat tak faham.

“Farhan Azman.” Semakin perlahan suara Farhan sambil menjatuhkan sedikit cermin matanya.

“Tak dengar. Apa?” Fatin mentadah telinga.

“Farhan Azman la bengong!” keras suara Farhan.

“Kuat lagi. I tak dengar.”

“Pekak betul.” gumam Farhan. Namun diturutkan jua keinginan Fatin. Takut juga dia juka filem itu disebarkan. “Farhan Azman!” kali ini, suara Farhan cukup menggegarkan satu kedai makan itu. Semua mata terus memandang tepat ke arah Farhan.

“Farhan!! Farhan!!” semua wanita yang berada di situ telahpun bangun dan cuba mendekati Farhan. Dengan segera Farhan menarik lengan Fatin supaya mengikutinya untuk lari.

Larian mereka dari peminat fanatik Farhan Azman membuatkan Fatin penat sungguh. Terburai juga tawanya ketika lari bersama Farhan sambil dikejar peminat-peminat itu.

“Yang kau gelak kenapa? Lari lah!!” gesa Farhan. Kaki mereka terus melangkah. Elok dari sedikit orang yang mengejar mereka, terus menjadi banyak. Mungkin orang yang di tepi jalan turut mengejar.

“Weh! I penat lah.” Rungut Fatin. Nafasnya turun naik.

“Penat tak penat! Lari juga.” Desak Farhan. Hampir terjatuh gadis itu dek berlari terlalu laju. Farhan dengan cepat menarik lengan Fatin supaya bangun dari jalan tar.

“Bangun la! Dia orang dah dekat tu!”

“I penat lah. You pergi la lari seorang. Kenapa ajak I lari pula? I bukan artis. You yang...” tak sempat Fatin membebel lagi, terus sahaja Farhan mencempung Fatin dan membawa lari gadis itu ke belakang blok.

Terkesima sebentar Fatin dibuatnya.

“Beratnya kau! Macam anak gajah.” Rungutan Farhan hanya membuatkan Fatin ketawa terbahak-bahak. Farhan menyelinap disebalik deretan kereta yang diparkir. Fatin diturunkan daripada dukungan. Mereka menunduk.

Wanita, gadis, adik-adik yang mengejar mereka meneruskan kejaran meskipun mereka sendiri tak tahu di mana keberadaan Farhan. Nafas Fatin dan Farhan berombak kencang.

“Kau la mangkuk, pandai sangat pilih tempat macam tu.” Tajam pandangan Farhan pada Fatin. Fatin buat muka tak tahu.

“Daripada I pilih shopping mall. You sanggup ke kena kejar dengan satu isi mall tu?” perli Fatin.

“Lain kali pilih la tempat macam kat taman ke, apa ke. Ni tak. Kedai mamak juga tempat kau. Kau suka sangat ke kedai mamak tu?”

“Dah lama I tak makan roti canai tahu. I ingat kalau pergi situ boleh la mencekik roti sekeping. You lah punya pasal ni, sampai kita kena lari.” Fatin duduk mencangkung.

“Apa pula aku? Kau yang buat masalah. Aku rasa kalau kau tak pekak, takdenya aku kena menjerit kuat-kuat nama aku sampai seluruh kedai tu dengar nama aku.” Farhan membela diri.

“Salah you juga. Siapa suruh menjerit? I suruh kuatkan suara je, bukan menjerit. Teringin sangat nak jadi Tarzan ke?”

“Banyak cakap la kau ni! Bak sini balik filem aku.” Farhan menadah tangan meminta filemnya balik. Fatin memuncung. Dia menarik beg sandangnya ke depan. Akibat terlalu letih, dia terus duduk bersila di celah kereta itu. Farhan hanya menggeleng melihat gadis itu dengan selambanya duduk di atas jalan tar.

“Mana dia, eh?” Fatin mencari-cari filem itu. Dia menyeluk kiri dan kanan begnya. Farhan bosan menunggu.

“Cepat la. Aku ada kerja lagi ni.” gesa Farhan.

“Sabar la. Itu pun tak boleh nak sabar.” Fatin mencari lagi. Mana aku letak ni?

“Kau ni cari pakai mata ke pakai kepala lutut?” getus Farhan.

“Mata la! Banyak mulut la you ni. Bila masa pula you boleh jadi artis ni? Mulut tak berhenti mengomel.” Geram sungguh Fatin dengan mulut lelaki itu.

“Kau.. erm..” Farhan serba salah ingin menyoal. “Kau memang tak kenal aku ke?” terkeluar juga soalan.

Fatin melangut sebentar memandang mata Farhan. Cermin matanya telah dibuka sejak lari tadi.

“Tak.” Jawapan Fatin membuatkan Farhan pelik.

“Macam mana kau tak kenal? Setiap hari drama aku ditayang kat TV. Takkan kau tak tengok?”

“I baru je balik dari oversea. Mana I tengok TV. I mengadap buku je.” Fatin mencari lagi. Mana ni, mana ni?!!

“Kau sambung belajar ke?”

“Iye la. Takkan merenyam kot.”

“Kau...” belum sempat Farhan menghabiskan soalan, Fatin terlebih dahulu menjerit gembira. “Dah jumpa!” Fatin terus menyerahkan filem itu kepada Farhan.

“Puas hati, Encik artis?” sinis suara Fatin.

“Kau ingat ni. Jangan sesekali kau bocorkan rahsia ni. Kalau media dapat tahu, nahas kau!” ancaman Farhan langsung tidak menggentarkan Fatin.

“Kenapa? You nak buat apa? Nak bunuh I? Buatlah kalau berani. Mungkin you boleh terlepas kat dunia, tapi akhirat, takkan!” Fatin bangun dari cangkungan. Letih pula menyangkung. Sakit kaki!

“I balik dulu. Bye encik artis.” Fatin melangkah meninggalkan Farhan yang masih menyangkung.

Farhan menyarung semula cermin matanya. Filem negatif itu dimasukkan ke dalam poket seluar. Farhan sempat mengeluarkan telefon bimbit dan menghantar pesanan ringkas kepada Fatin.

Ingat! Jangan bocorkan!

Fatin hanya menggeleng memandang pesanan daripada Farhan. Takut betul pakcik tu. Fatin teringat sesuatu! Yeah! Gambar yang dia cuci hari tu masih ada di dalam beg sandangnya. Fatin menoleh untuk mendapatkan Farhan semula bagi memulangkan gambar tersebut.

Lesap. Hilang terus bayangan Farhan. Fatin mematikan niat untuk menyerahkan gambar itu. Simpan je la. Putus Fatin. Kaki yang sedikit sakit membuatkan dia berjalan bagai kaki patah!

FATIN membelek beberapa keping gambar di dalam LRT. Lengang pula LRT hari ni. melihat gambar Farhan bersama Qistina, Fatin tersengih sendiri. Nama je Islam. Peluk sana sini tak kisah pun. Yang perempuan pun sama, tak malu ke pakai baju tak cukup kain? Rambut siap berkaler-kaler lagi. Ingat lawa sangat lah tu? Macam karat je.

Kutuk Fatin sendirian. Apa la yang ada dalam fikiran masyarakat sekarang? Rambut dah elok hitam, diwarnakan pula merah. Macam traffic light tahu tak! Ada pula yang nak warnakan putih. Nak cepat tua ke?

Fatin menyandarkan kepalanya ke tingkap LRT. Mengantuk pula. Hanya beberapa minit selepas itu, matanya terlelap. Kepingan gambar itu jatuh ke tempat duduk belah kanannya.

TERKOCOH-KOCOH Fatin keluar dari perut LRT. Nasib baik tak terlepas stesen. Kalau tak, jenuh aku nak menapak balik rumah. Fatin menepuk-nepuk bahu kiri dan kanannya. Setelah itu, tepukan itu lari pula pada pahanya. Lenguh masih tak hilang.

“Assalamualaikum.” Laung Fatin apabila tiba di hadapan pintu rumah. Salamnya disambut abahnya.

“Eh abah? Tak pergi kerja ke?” Fatin membuka kasut dan stokin.

“Abah cuti hari ni.”

“Oh..” Fatin terus naik ke bilik selepas menyalam tangan abahnya. Beg galas dicampak ke atas kerusi. Dia menelentang di atas katil. Matanya dilelapkan sebentar. Tiba-tiba matanya terbuka luas!

Dia bangun mencapai beg sandangnya. Zip dibuka. Isi beg dikeluarkan. Ya Allah!! Gambar-gambar Farhan! Mana dia? Mana dia?!! LRT!!

Fatin bangun mencapai telefon bimbitnya. Terketar-ketar tangannya cuba menaip mesej kepada Farhan. Namun mesej itu dipadam semula. Orang tak perasan kot. Terjatuh kat landasan LRT kot. Fatin cuba menyedapkan hatinya.

Dia duduk di atas kerusi. Jantungnya berdegup laju. Ya Allah! Hilangkanlah gambar tu daripada sesiapa. Jangan sesiapa pun jumpa gambar tu. Biar gambar tu koyak atau kena air ke, atau apa je la! Fatin meramas-ramas jari jemarinya. Tiada apa akan berlaku, Insya Allah.

SELESAI tahiyat terakhir solat Isyak, Fatin memberi salam kiri dan kanan. Dia berdoa supaya gambar-gambar Farhan tidak dijumpai media. Bersungguh-sungguh dia berdoa. Seketika kemudian, doanya diganggu dengan deringan telefon bimbitnya.

Fatin segera mengakhiri doanya dan mencapai telefon bimbitnya. Farhan?! Terketar-ketar Fatin ketika cuba menekan butang menerima.

“Assalamualaikum.” Lembut suara Fatin menyapa.

“Apa kau dah buat?! Aku dah bagitahu kau supaya jangan sebarkan kat media, kan? Kau ni perempuan jenis apa ha?! Suka sangat jaga tepi kain orang.”

Fatin terkesima. Pada masa yang sama, hatinya turut panas dituduh sebegitu.

“Salam takde, apa takde, tiba-tiba nak serang I kenapa?” suara Fatin meninggi. Air mata bertakung. “I bukan sengaja okay.” Suaranya mengendur.

“Apa yang tak sengaja?! Jelas masuk media ni, apa kau nak jelaskan?” Farhan masih berasap.

“I.. I..” tergagap-gagap Fatin.

“I apa?!” tengking Farhan.

“Waktu balik tadi, I tertidur dalam LRT. I rasa gambar you terjatuh dari tangan I waktu I tidur. Then I keluar dari LRT cepat-cepat bila tersedar dari tidur supaya tak terlepas stesen. Sungguh I tak ingat langsung pasal gambar tu! I’m so sorry!” Fatin diserbu rasa bersalah.

“What gambar?” Farhan pelik.

“Waktu I jumpa filem tu, I pergi cuci gambar tu. Tadi I bagi you filem negatif je. Gambar yang I cuci, I lupa nak bagi balik. Tapi I memang nak pulangkan gambar tu balik. Bila I toleh belakang, you dah takde.” Terang Fatin.

“Apa hak kau cuci gambar aku?! Yang kau pergi cuci kenapa? Sial lah perempuan ni!” amarah Farhan tidak lagi dapat dibendung.

“I tahu I silap! I’m sorry, okay.” Fatin meraup wajahnya. Masalah betul dengan lelaki ni. Minta maaf pun tak reti nak terima.

“Maaf kau tu dah takde guna la. Sebab kau, Qistina putus dengan aku. Sebab kau, media kejar aku sampai depan pintu rumah aku. Sebab kau, kontrak kerja aku hancur! Sebab kau juga, karier aku boleh jatuh.” Jeritan Farhan dicorong telefon membuatkan Fatin menjarakkan telinga dengan telefon bimbitnya.

“Dah tu, you nak I buat apa? Benda dah jadi.” Selamba Fatin berkata. Penat dah dia nak berbasi-basi dengan lelaki bongkak itu.

“Benda dah jadi kau kata? Kalau bukan sebab kau, benda ni takkan jadi! Aku nak kau bertanggungjawab bersihkan nama aku balik. Dapatkan Qistina balik, dapatkan kontrak kerja aku, jaga karier aku!” tegas sungguh Farhan. Mukanya sudah merah menahan marah.

“Macam mana I nak buat semua tu?” Fatin menengking. Gila apa?

“Yang kau tengking aku kenapa? Kau yang salah.” Farhan menyelak sedikit langsir tingkap. Pihak media berada merata-rata!

“Look, I akan fikir cara somehow, okay? And I am so sorry. I call you nanti.” Talian dimatikan Fatin. Think Fatin! Fikir!! Macam mana kau nak selesaikan masalah yang kau sendiri wujudkan?

Argh!! Blur! Fatin menangis sendiri. Kenapa kau selalu buat masalah, Fatin Syuhada?