Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Saturday, March 5, 2016

SPLIT 1


Mikael melipat lengan baju melayu sedikit hingga ke paras lengan. Rambutnya ditolak ke belakang menggunakan tangan kanannya yang sudah dilumur sedikit jel rambut. Bibirnya yang kelihatan basah disentuh sedikit untuk memastikan ianya betul-betul lembab. Haruman dari Hugo Boss sudah cukup membuatkan tubuhnya wangi.

Usai bersiap, segera Mikael keluar dari biliknya. Kunci kereta dan jam tangan yang diletakkan di atas meja makan dicapai sebelum jam itu disarung ke lengan kanannya. Yep. Kidal.

Tali kasut diikat kemas. Sebelum keluar dari rumahnya, Mikael memastikan betul-betul jika pintu sudah berkunci atau tidak. Tangan kiri lelaki itu diseluk masuk ke dalam poket seluar slacknya. Matanya tidak lari dari nombor lif yang dari tadi bertukar.

Beberapa minit kemudian, pintu lif terbuka. Mikael melangkah masuk ke dalam ruangkan empat segi sempit itu. Jam di pergelangan tangan dibaca. Hmm. Macam lambat aje.

Dari tingkat 21, turun ke tingkat 15. Lif berhenti dan pintu itu terbuka.

Maryam masuk ke dalam lif dengan nafas yang termengah-mengah. Pantas dia mengambil tempat di hadapan Mikael. Wanita itu hanya memegang clutch bag. Mikael dari belakang memerhatikan dari atas sampai bawah pakaian wanita itu.

Apabila lif sampai ke lobi, mereka berdua bergegas menuju ke kereta masing-masing untuk menghidupkan enjin kereta. Maryam tidak menunggu lama untuk enjinnya panas. Keretanya pantas bergerak keluar dari kawasan parking.

Kereta Mikael yang hanya bersebelahan dengan Maryam. Lelaki itu hanya memandang kelibat kereta Maryam yang kian hilang dari pemandangan.



“YAM! Kau kat mana?” Meen di hujung talian sudah menjerit hampir ke frequency yang maksimum.

“Aku dekat simpang ni. Dalam lima minit lagi aku sampai.”

“Ish kau ni! Dah nak akad dah ni. Suruh tidur rumah Myna tak nak. Kan dah lambat.” Bebel Meen.

“Seriously? Time ni juga kau nak membebel kat aku? Aku takde masa la nak dengar bebelan kau. Aku overslept lah lepas Subuh tadi.” Rengus Maryam.

“Sebab itu la aku bebel kat kau. Semalam boleh aje kan kalau kau tidur rumah Myna. Sebab kau balik semalam pun pukul 3 pagi kot. Aku tahu kau mesti letih punya.”

“Eh kau ni bebel kat aku macam kau punya wedding pula. Sabarlah! Kejap lagi aku sampai. Myna tak bising pun, kau pula yang lebih dah kenapa?”

“Sebab Myna tu dah nervous petala ke tujuh belas lapan puluh. Aku tengok muka bermekap pun nampak pucat dah ha. Baik kau datang cepat! Banyak dulang nak angkat ni hakak oii!!”

“Ye! Aku dah nak sampai ni. Kau ni kalau aku berlanggar dengan kereta orang, memang aku suruh kau yang bayar. Tak reti hormat orang tengah drive betul!” talian terus dimatikan. Meen mencebik. ‘Aku debik minah ni karang, mau berterabur gigi.’

Usai memarking kereta, Maryam segera keluar dari perut kereta. Kain yang sedikit meleret ditarik ke atas sedikit sehingga menampakkan buku lalinya. Kasut yang tinggi langsung tidak mendatangkan masalah kepadanya untuk berlari-lari anak menuju ke arah kereta putih milik Meen.

“Haa! Sampai pun!” Meen menepuk belakang tubuh Maryam.

“Ish kau ni. Luntur mekap aku kau debik.”

“Kau tolong angkat cincin dengan kasut eh.” Pinta Meen.

“Yelah. Myna mana?”

“Dengan mak dia. Orang tengah nervous mesti la nak berkepit dengan mak.”

“Lelaki dah sampai ke belum?”

“Belum.”

“Lepas tu kau gesa aku macam aku ni lambat satu abad kan!” tangan Maryam pantas menarik hidung Meen. Lantas wanita itu menyeringai kesakitan.

“Aku dah cukup bubuh blusher kat pipi, kau nak suruh aku jadi badut ke nak merahkan hidung aku pula, ha?!” geram Meen.

“Itu sebab perangai kau tu.”

“Iyelah. Dah tahu jadi bridesmaid, apa salahnya kau tidur aje rumah Myna semalam? Ini tidak. Nak juga balik ke rumah kau. Macamlah kau ada suami kat rumah tu.”

“Eh suka hati akulah aku nak balik rumah aku ke, rumah mak aku ke, rumah nenek aku ke. Dengki pula kau. Aku ada Mocoon dengan Puss kat rumah. Kau takde kucing memang taklah kau nak faham.”

“Satu malam aje pun.”

“Ha memanglah. Tambah dengan hari ni? Tak makan anak-anak aku tu karang.”

“Dry food kan memang kau dah sediakan.”

“Ahh. Kau tak faham jadual makan dia. Tutup mulut kau sebelum aku salotape.”

Meen mencebik. Nak juga menangkan kucing. Ha ambil-ambil!

“Yam.” Myna berjalan pantas dengan baju kurung putihnya. Bibir Maryam mengukir senyuman. Sedikit sebanyak, situasi pagi ini membuatkan dia sedikit sebak dan sedih.

“Takut?” tanya Maryam.

Myna ketap bibir kemudiannya mengangguk. Pantas tangan Maryam menyeka air mata yang hampir tumpah ke pipi bakal isteri itu.

“Jangan menangis. Rosak mekap nanti.”

“Nanti I rindu you guys.” Myna memeluk Meen dan Maryam sekaligus.

Maryam ketawa dalam sebak. Air matanya tumpah jua.

“Iyelah tu rindu. Nanti orang tu dah ada suami. Dia rindu dekat suami aje. Maklumlah, dah ada bantal peluk bergerak.” Usik Meen.

“Ei mana ada!” Myna akhirnya ketawa juga.

“Kalau suami you buat macam-macam kat you, jangan segan cari both of us. Kita orang ni ada super power rangers tau.” Gurau Maryam.

Meen dan Myna ketawa.

“Kalau Aryan ada lagi mesti you kahwin dulu kan Yam?” Myna tenung anak mata Maryam. Senyuman dari bibir mughil Maryam beransur hilang.

“Takde jodoh. Allah lagi sayangkan dia.” Jawab Maryam ringkas.

“Dah hampir 7 tahun Yam. Takkan kau tak cari pengganti lagi?” tanya Meen.

“Ish malaslah aku. Aku busy lah. Banyak lagi kerja aku nak kena buat. Ni apa sembang sedih pagi perempuan gedik ni nak jadi bini orang ni? Jangan spoil mood.” Maryam mengipas-ngipas wajahnya dengan kedua belah tangannya.

“Okay okay. Tutup cerita tadi.” Meen turut sama mengembalikan mood ceria mereka.

“Oh my god Myna! You nak jadi isteri orang dah!!” jerit Meen.

“Tak sangka kan? Dulu waktu sekolah antara kita 3M ni (Myna, Meen, Maryam) perempuan gedik ni la yang paling sibuk sekali nak kahwin lewat. Alih-alih, tengok sekarang? Antara kita, dia yang kahwin dulu! Tak aci betul. Dah la dia yang paling muda.” Maryam mencebik lantas tersenyum.

“Nak buat macam mana? Dah jodoh.” Jawab Myna sambil ketawa.

“Lain kali aku nak couple break couple break lah. Kot dapat ikut jejak si Myna ni. Couple break banyak kali, lepas tu terus kahwin. Aku yang setia bertahun-tahun ni juga yang tak kahwin-kahwin.” Meen geram.

“Jodoh pertemuan tu semua kan kat tangan Tuhan. Kau ni pun.” Maryam mencubit lengan Meen.

Beberapa saat kemudian, sebuah kereta Jazz berwarna kelabu masuk ke dalam perkarangan masjid dengan beberapa lagi buah kereta di belakangnya.

“Pihak lelaki dah sampai. Moh la kita jadi maid angkat dulang noh.” Meen dan Maryam segera mengeluarkan dulang hantaran dari perut kereta dan diagihkan kepada beberapa orang lagi yang dilantik Myna menjadi bridemaids nya.



SUASANA di dalam masjid sungguh menenangkan. Maryam ambil nafas sedalamnya. Maryam dan Meen mengambil tempat yang berhampiran dengan Myna.

Mikael terkejut melihat kelibat wanita yang dijumpainya di dalam lif tadi kini berada di hadapannya, berdekatan dengan pihak pengantin perempuan.

Maryam ketika itu sibuk sedang menggosok-gosok kuku ibu jarinya. Itu adalah salah satu cara untuk dia menghilangkan rasa gemuruh di dalam dirinya. Dengan kepalanya tertunduk, dia cuba mengawal pernafasannya yang seakan rasa tersekat-sekat.

“Bismillahirrahmanirrahim.” Suara tok kadi yang menggunakan mikrofon mula kedengaran. Ketika itu barulah Maryam mengangkat wajahnya. Dia turut terkejut apabila wajah lelaki yang berada di dalam lif tadi kini sedang memandangnya juga.

Maryam dan Mikael berpandangan sesama sendiri untuk beberapa saat sebelum kedua-dua mereka mengalihkan pandangan ke tempat lain. Mula timbul perasaan segan. Iyelah. Dah kenapa sampai tenung orang macam nak telan?

Sambil mendengar hujah-hujah yang disampaikan tok kadi yng menerangkan satu persatu perkara penting sebelum memulakan sesi akad dan nikah, mata Maryam dan Mikael beberapa kali bertembung.

‘Dia perhatikan aku dari tadi ke?’ Maryam tertanya-tanya.

‘Dia tengok aku dari tadi ke?’ Mikael macam nak garu kepala bila memikirkan soalan yang dari tadi bermain di dalam benaknya. Soalan yang berlegar-legar di dalam benaknya membuatkan kepalanya terasa gatal. Eh, ada kena-mengena ke?



“CONG. RA. TU. LA. TION, CONGRATULATION!” Maryam dan Meen bernyanyi-nyanyi keriangan apabila dengan dua kali lafaz, Myna sah menjadi isteri buat Akim.

“Ingat, lepas ni jangan nak skip-skip makan dah. Jangan makan biskut je. Tak payah nak berdiet sangat.” Pesan Maryam buat Myna.

“You tu dah la ada gastrik. Bukan diri sendiri aje kena jaga, you dah ada liability lain nak kena jaga. Jaga elok-elok. Tahu!” tambah Meen.

“Eii makcik-makcik ni kan. Iye! Tahu.” Myna senyum.

“Myna, lelaki tu kawan suami you ke?” tanya Maryam tiba-tiba sambil menunjukkan kelibat Mikael dengan isyarat mata.

“Yang mana satu ni?” Myna masih tidak pasti yang mana satu.

“Tu yang pakai baju melayu coklat tu.”

“Mikael?”

“Kau kenal ke Yam? Pintu hati kau dah diketuk ke?” Meen mencelah.

“Kau ni kan!” pantas tangan Maryam mencari telinga Meen di balik tudung kuning air itu.

“You kenal Mikael ke?” tanya Myna.

“Hm? Tak. Tapi tadi waktu nak turun kat kereta, ada terserempak dia dalam lif.”

“Kau orang duduk dalam kondo yang sama? Pergh ni cerita panas ni!” Meen mengipas-ngipas wajahnya dengan tangan.

“Sebelum tangan kau tu masuk dalam mulut kau, baik kau senyap.” Geram Maryam dibuatnya.

“I tak kenal sangat Mikael tu. Tau-tau macam tu ajelah. Akim jarang cerita pasal kawan-kawan dia. Tapi kalau macam dia pergi lepak, selalunya dengan Mikael dengan dua orang lagi kawan dia tu.”

“Oh.” Maryam pandang sekejap wajah Mikael yang sedang berbual sambil ketawa kecil dengan rakan-rakannya yang lain.



“BRO. Tu siapa?” Mikael siku Akim yang sedang bersalam-salaman dengan rakan-rakan yang turut hadir dalam sesi akad nikahnya di masjid.

“Mana?”

“Tu.” Mikael menunjuk ke arah Maryam.

“Yam?”

“Yam ke nama dia? Yam keladi?”

“Maryam la bodoh. Dia best friend bini aku dari tingkatan tiga.”

“Oh. Aku tak tahu pula best friend bini kau tinggal satu kondo dengan aku.”

“Aah kan. Yam tinggal kat Pavy juga. Kalau tahu tadi, kau gerak dengan dia pun takpe.”

“Aku tak pernah pula nampak dia.”

“Kalau aku pun jarang nampak dia, apatah lagi kau. Kau ni pun! Kau banyak soal ni kenapa? Berminat nak kahwin juga ke?”

“Banyaklah kau!” Mikael mencebik. ‘Tanya pun tak boleh. Apa pun tak boleh.’ Ekor matanya masih memandang Maryam yang sedang berbual.



MARYAM pulang ke kondominiumnya dengan tubuh badan yang kian hilang tenaganya. Esok pula kenduri. Letih juga. Tapi kalau dah sebab kawan baik, kau yang mengandung aku yang rasa perit nak beranak ha!

Maryam memarkingkan keretanya di dalam kotak kuning. Dia bersandar sebentar di kerusi menghabiskan lagu When We Where Young dari Adele. Matanya dikatup sebentar. Dia perlukan masa untuk merehatkan tubuhnya sedikit sambil menghayati lagu yang berkumandang di dalam perut keretanya.

Maryam yang hampir tertidur terus tersedar apabila terdengar ketukan dari tingkap cermin keretanya. Matanya terbuka luas dan wajah Mikael merupakan subjek bebola matanya sedang fokus.

Pantas Maryam menurunkan cermin kereta sedikit.

“Ye saya?” Maryam masih sebenarnya terkejut dengan ketukan itu.

“Bahaya untuk perempuan tidur dekat parking lot macam ni. Baik awak tidur kat rumah.” Tegur Mikael.

Maryam kelip-kelipkan matanya yang terasa sedikit pedih akibat bangun dalam keadaan terkejut. Terus wanita itu mematikan enjin kereta dan keluar dari perut kereta.

“Thank you. Ingatkan nak habiskan dengar lagu aje tadi. Tak sangka hampir terlelap.”

“Lain kali kalau dah parking tu, terus naik rumah aje. Jangan tunggu-tunggu. Kadang-kadang kalau kita leka, orang cepat aje nak ambil kesempatan kat kita.” Pesan Mikael.

Maryam hanya mendengar tanpa respon. Kakinya hanya melangkah membuntuti Mikael yang turut sama menuju ke lif.

Seminit kemudian, pintu lif terbuka. Kedua-dua mereka masuk ke dalam perut lif tanpa bersuara. Mikael yang berdiri hampir dengan butang nombor menekan nombor 21 dan 15. Maryam hanya melihat perlakuan Mikael.

‘Dia ingat aku tingkat berapa?’ Pelik juga bila Mikael boleh ingat tingkat berapa Maryam tinggal.

“Dah lama tinggal sini?” Mikael bersuara tiba-tiba.

“Hm? Boleh la. Dalam setahun setengah.”

“Kenapa saya tak pernah nampak awak?” soalan Mikael membuatkan Maryam garu kepala.

“Resident kat sini mungkin beribu. Probability awak nak terserempak dengan saya macam satu nisbah tujuh ribu. So memanglah kita tak pernah terserempak.” Jawab Maryam selamba.

Mikael hanya ketawa kecil. Ada betulnya apa yang diperkatakan Maryam.

“Nama awak?”

“Maryam.”

“Just Maryam?”

“Ye. Maryam binti Yusoff.” Mikael tersenyum bila mendengar betapa ringkasnya nama wanita tersebut.

“Mikael. Mikael bin Arsyad.”

Maryam pandang belakang tubuh Mikael yang berdiri membelakanginya.

“Just Mikael?” tanya Maryam.

“Yup.”

Maryam kemudiannya ketawa. Mikael toleh ke belakang.

“Kelakar?”

Ting! Bunyi lif menandakan sudah sampai ke tingkat 15.

“Bye.” Maryam terus keluar dari perut lif. Mikael tidak sempat menghalang apabila pintu lif sudah pun terkatup. Lagipun untuk apa dia halang? Lanjutkan perbualan? Hah. Memang tak lah.



“PUSS! MOCOON!” Dua nama yang akan dipanggil Maryam selepas salam diberi. Memang rutinnya. Pantas dua ekor kucing Bengal Marble dan Mix Maincoon berlari mendapatkan kaki Maryam. Digesek-gesek penuh manja ke kaki tuannya.

“Lapar tak? Akak ada beli Royal tadi. Siapa nak!” Maryam mengawang-awangkan tin makanan kucing itu di hadapan dua ekor itu. Lagi melompat-lompat mereka dibuatnya. Seakan mengerti itu makanan kegemaran mereka.

“Kejap ye. Akak tukar baju dulu. Cian dia kena tinggal setengah hari kan.” Bebel Maryam. Bunyi meow sedikit pun tidak membingitkan telinga Maryam. Malah bunyi itulah yang dinanti-nanti setiap pagi.



MIKAEL terus meluru ke dapur. Tangannya pantas menuang nescafe dari coffeemaker. Dia bersandar di bar kabinet memikir beberapa perkara. Beberapa saat selepas itu dia menuju ke ruang tamu. Pemandangan luas hasil dari cermin kaca di ruang tamu membolehkan dia memerhatikan seluruh Kuala Lumpur yang berada di hadapannya kini.

Dia mengambil tempat di sofa yang diletakkan berhadapan dengan cermin luas itu. Sambil itu, tangannya leka membelek laman Instagram. Gambar akad nikah Akim tadi sudahpun dimuat naik oleh Farhan ke laman itu lantas akaun Instagramnya di tag sekali.

Matanya terpandang wajah Maryam yang turut sama berada di dalam gambar tersebut. Dia cuba melihat senarai nama yang di tag oleh Farhan tetapi tetp tidak menjumpai akaun Instagram Maryam.

STALKER. Itu yang Mikael rasakan sekarang. Manakan tidak? Habis semua akaun orang lain digodaknya untuk mencari satu nama. Hanya satu nama. MARYAM. Hanya MARYAM.

@maryamyusoff !! Jumpa!

Laman Instagram terus hilang dari pandangan. Hanya ada keluar nama Isaac sahaja. ‘Eh dia ni. Waktu ni juga lah nak call aku.’

“Hello.” Sapa Mikael.



“AWAK tahu tak yang Mikael dengan Maryam duduk dekat kondo yang sama?” Akim buka perbualan.

“Baru tahu tadi. Sebab Maryam ada tanya. Kenapa wak?” Myna sibuk mengemas beg bajunya.

“Maryam tanya? Pelik.”

“Kenapa pula?”

“Sebab Mikael pun tanya benda yang sama.”

“Hmm. Baguslah kalau macam tu. Kot pintu hati si keras tu nak cair ke.” Myna senyum hingga ke telinga. Iyelah. 7 tahun dah kot, Maryam masih belum lupakan Aryan.

Akim terdiam. Beberapa saat dia mendiamkan diri.

“Tak payah la dengan Mikael tu. Dia tu pun bukannya betul pun.” Akim kemudiannya ketawa.

“Tak betul? Dia ada sakit mental ke?”

Akim ketawa lagi. “Takdelah. Cumanya, tak sesuai la Maryam tu dengan Mikael. Saya kenal Mikael macam mana. Maryam bukan taste dia.”

“Mana nak tahu kalau jodoh. Kita bukan tahu. Macam kita juga la. Awak ingat saya suka ke awak waktu mula-mula jumpa? Bukan main biadab lagi baling kunci kereta atas meja makan macam tu aje. Macam tak suka pula tu.” Ungkit Myna.

“Eh mana ada. Itu memang cara sayalah.” Akim geram bila dituduh.

“Iyelah tu.”

“Betullah!”

“Ha kalau macam tu, biarlah Mikael dengan Maryam.”

Akim terdiam lagi.

“Kenapa awak macam tak suka Maryam dengan Mikael?” soalan Myna membuatkan Akim tersentak.

“Bukan tak suka. Cuma..”

“Cuma apa?”

“Hm..”

“Hmm apa awak ni? Kita dah kahwin tau. Awak janganlah berahsia dengan saya.” Pujuk Myna.

“Hm. Bahaya untuk Maryam.”

“Hah? Bahaya macam mana pula?”

“Awak tak faham.”

“Tak faham apa?”

“Mikael bukan macam apa yang awak fikirkan.”

“Apa awak cakap berbelit-belit ni. Bukan macam apa?”

“Hm, just cakap dengan Maryam tak payah la terlalu rapat dengan Mikael. Takut nanti dia yang terluka.”

“Mikael ni jenis suka permainkan hati orang ke?”

Bebola mata Akim ke kiri dan kanan. Kemudiannya dia mengangguk. Myna baru faham. Patutlah Akim tak nak Mikael rapat dengan Maryam. Sebab Akim pun tahu cerita lama Maryam.

“Nanti saya nasihatkan Maryam. Tapi serius ni kali pertama selepas arwah Aryan meninggal dia tanya pasal lelaki.”

“Dia tanya pada orang yang salah la sayang. Saya pun tak nak dia terluka lagi.” Balas Akim.

Myna tenung telefon bimbitnya. Nak kena bagitahu Maryam ke? Tapi karang kalau cakap, dia pula yang dimarahnya sebab fikir jauh sampai ke depan. Mungkin Maryam cuma tanya sebab mereka tak sangka dengan pertemuan pagi tadi.

Haih. Tak perlu lagi kot bagi tahu.



JARUM jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Maryam menyarung tudung bawal dan menjinjit sebuah beg plastik hitam berisi sampah. Sesampainya dia di lobi, dia terus melangkah laju ke arah tong sampah yang disediakan di bawah.

Kelibat Mikael kelihatan. Maryam sedikit terkejut apabila Mikael langsung tidak menegurnya bila lelaki itu hanya lalu bersebelahan dengannya. Maryam toleh ke belakang. Lelaki itu lagaknya macam langsung tak mengenali Maryam.

‘Ke aku yang fikir lebih? Iyelah. Nak sembang pasal apa lagi? Aku dengan dia pun bukannya kenal sangat.’ Fikir Maryam. Selesai membuang sampah, Maryam kembali ke lobi.

Mikael masih di situ menunggu lif.

Mereka berdua berdiri bersebelahan. Suasana hening. Senyap. Sunyi.

“Er.. awak.” Tegur Maryam. Terus pintu lif terbuka. Mikael terus masuk. Maryam mengekori.

“Awak.” Panggil Maryam lagi.

Mikael pandang Maryam yang berdiri di sebelahnya. Maryam terkebelakang apabila melihat kedua anak mata Mikael. Lidahnya jadi kelu.

Ting! Sampai ke tingkat 15. Maryam perlahan-lahan melangkah keluar dari perut lif. Dia sempat menoleh ke belakang melihat sekali lagi wajah Mikael. Pintu lif kemudiannya tertutup. Maryam sentuh dadanya yang dirasakan degupan jantungnya pelik sangat cara berdegup! Bukan bukan. Ni bukan rasa jatuh cinta. Pandangan mata lelaki itu. Tak sama dengan petang tadi. Langsung tak sama. Rasa macam dua orang yang berbeza!

2 comments: