Latest Post! Check it out!

DTM 13

Plastik sampah besar itu diletakkan di tempat duduk belakang. Tali pinggang keledar ditarik. Alan turut sama menarik tali pinggang kele...

Friday, March 3, 2017

SPLIT 8


Image result for damon spying on elena gif 

Air liur Maryam terasa seperti tak tertelan. Rasa macam likat sangat air liur sampai tak boleh nak masuk ke dalam kerongkong!
            “Nampaknya saya ada pesaing.” Kata Mikael memecah sunyi di antara mereka.
            “Tapi.. Meen..” Maryam cuba mencari apa-apa sahaja tanda yang menyatakan bahawa Hafez langsung tiada perasaan dengannya.
            “Kan saya dah cakap. Kalau dia nak nombor Meen, dia boleh cari sendiri. Within a second dia boleh dapat. Tapi kenapa dia sibuk minta kat awak?” Mikael mengambil tempat di sisi Maryam.
            “Saya yakin dia takde perasaan kat saya.”
            “Yeah? What if, kalau dia memang..”
            “Tak.” Maryam memintas.
            “Kalau saya?” Mikael tenung anak mata Maryam yang berwarna hitam pekat.
            Maryam terkedu. Kemudiannya dia senyum. “Awak tak kenal saya.”
            “Saya boleh kenal awak.”
            “Kalau saya tak nak kenalkan diri saya pada awak?”
            “Then saya akan cari tahu sendiri pasal awak.” Mikael kelihatan bersungguh-sungguh.
            Maryam ketawa perlahan.
            “Wrong girl.” Maryam turun dari tebing dan berjalan terus untuk mengambil lebih banyak gambar.
            “Kenapa pula?”
            “Sebab saya tak nak? Hati saya takkan terbuka untuk sesiapa pun.”
            “Serius la?” Mikael saja buat bulat matanya.
            Maryam ketawa lagi. “Serius!”
            “Okay kalau macam tu, saya tak boleh nak paksa. Tapi awak boleh jadi kawan baik saya kan?”
            “Saya dah banyak kawan baik.”
            “Adding one more and the only man yang jadi best friend awak should be fine kan?”
            “Kenapa saya kena tambah lagi, sedangkan I had enough?”
            “Sebab saya akan jadi jiran yang sangat baik dan ambil berat akan jirannya yang lain. Especially, you.”
            Maryam mengecilkan matanya. Cuba melihat ketulusan hati seorang lelaki yang ada split personality.
            “C’mon. Kawan kot.” Mikael masih memujuk.
            Maryam berfikir sejenak. “Alright then.”
            Mikael senyum hingga ke telinga.
            “Nak pergi makan?” ajak Mikael yang sudah jalan ke depan.
            “Hah? No. Saya banyak lagi benda lain nak buat daripada pergi makan.”
            “Then saya boleh teman awak pergi mana awak nak pergi.”
            “Saya tak perlukan itu.”
            “Saya kan kawan awak.” Mikael hanya pamer sebaris gigi putih bersih.
            “Tak bermakna awak kawan saya, awak boleh buat apa yang awak suka. Saya nak ruang saya, masa saya sendiri.” Kedengaran kasar. Maryam sendiri telan air liur.
            “Sure.” Tapi Mikael lebih pantas berfikir. Memahami.
            “Call saya kalau awak perlukan apa-apa.” Lelaki itu kenyit mata. Maryam terdiam sejenak.
            Bayangan lelaki itu hilang dalam beberapa saat. Maryam hanya menunduk dan meneruskan langkah.

CANDI SAMBISARI.
            Dengan bayaran Rp 2000, Maryam dibenarkan masuk ke kawasan candi itu. Pelbagai gambar diambil. Luasnya! Dia ada terfikir, macam manalah orang dulu hidup dengan penuh kreativiti?
            Penat pusing satu candi, Maryam tukar arah apabila sudah 3 kawasan candi dia melawat. Nafasnya sudah pendek. Letih!
            Matahari pun hampir tenggelam. Maryam ada satu lagi tempat yang perlu dia tuju.
BUKIT BINTANG.
            Beberapa tahun lalu dia pernah ke sini. Dengan Aryan. Bila kakinya menjejak kafe di atas, automatik segala memori dari hippocampus membanjiri segenap inci tubuhnya tanpa henti.
            Tanpa ada kewarasan minda, air mata Maryam bergenang. Perlahan-lahan Maryam mengambil tempat di meja kosong. Tebing tepi menjadi tempat untuk dia merehatkan lengannya.
            Hijau dedaun tidak dapat dilihat dengan jelas apabila matahari sudah mulai terbenam. Hanya kelihatan lampu-lampu kediaman sudah mulai menerang.
            Maryam sangkut earphone ke dalam lubang telinga dan irama lagu mula kedengaran.
I'm sleeping through the day
I'm trying not to fade
But every single night
I've just been lying awake
Cause I, I can't get you off my mind
            Rentak lagu rancak. Tapi bait-bait katanya pedih. Segala yang berlaku 7 tahun lepas rancak berdansa di dalam benaknya. Secawan kopi terhidang di hadapannya. Dengan senyuman tawar, Maryam mengucapkan terima kasih.
The moment that we met, I didn't know yet
That I was looking at a face I'll never forget
Cause I, I can't get you off my mind
            Telefon yang berdering dipandang sepi. Lenyap terus lagu yang berkumandang. Hanya kedengaran ringtone telefon bimbitnya sahaja.
            Talian itu mati.
            Mesej diterima.
            Mikael             : You, good?
            Maryam pelik memandang mesej itu. Mulanya dia malas nak membalasnya, tapi dia terasa pelik akan bunyi mesej itu.
            Maryam           : Just fine.
            Mikael             : Nampak macam tak.
            Maryam terus angkat kepala dan memerhati sekeliling. Tapi susuk tubuh lelaki itu langsung tidak kelihatan.
            Mikael             : Kita jumpa dekat bumi Jogja ni macam planned. Tapi sumpah, I didn’t plan for this. And meeting you again, here.. saya sumpah sekali lagi, saya tak rancang pun.
            Maryam           : Mana awak?
            Mikael             : Don’t worry. Saya takkan tunjuk muka kalau awak tak nak tengok. I’ll go. Tapi saya just nak make sure yang awak okay before saya pergi tempat lain.
            Maryam mendengus. Yep! Dia perlukan seseorang ketika ini. Kalau tidak, dia tak tahu bila empangan tubir mata ni akan pecah.
            Maryam           : Ke sini.
            Beberapa saat kemudian, Mikael muncul dari belakang dengan senyuman janggal. Rasa serba salah pun ada juga.
            “Serius, saya just nak make sure awak okay. Nampak gaya macam nak menangis.” Beritahu Mikael yang masih berdiri.
            “Duduklah.” Pelawa Maryam.
            “Takpe ke?”
            “Awak kan kawan saya?” Maryam senyum nipis. Earphone ditarik keluar dari bawah selendang.
            Mikael mengambil tempat di hadapan Maryam.
            “Mana awak menyorok?” tanya Maryam.
            “Kitchen.”
            “Serius lah?”
            “Serius!” Mikael mengangguk bersungguh. Maryam ketawa.
            “Macam mana awak tahu saya kat sini?” soalan kedua Maryam.
            “Sumpah saya tak tahu. Saya datang dulu okay. Saya baru selesai makan, and having my tea. Tiba-tiba ternampak waiter tu hantar air kat awak.” Jelas Mikael.
            Maryam kecilkan mata. “Iye ke ni?”
            “Sumpah!” Mikael angkat tangan kanan seakan berikrar. Maryam ketawa lagi.
            “Banyak kali bersumpah ni. Kalau tipu ni, makan sumpah jadinya.” Sengih Maryam.
            “Sum..”
            “Pah.” Sambung Maryam dan mereka berdua ketawa. Maryam membuang pandang ke luar.
            “Boleh kita bersembang?” tanya Mikael. Maryam kembali memandang Mikael.
            “Sure.”
            “Saya ada soalan.” Beritahu Mikael.
            “Apa dia?”
            “Seminggu awak tak contact saya, tak jawab Whatsapp, tak angkat call, tu semua sebab Hafez ke?”
            Maryam ambil nafas sedalamnya sebelum menjawab. “Saya ingat awak baik dengan saya sebab nak dapatkan Meen. Yelah, awak nampak lain sangat. Kasar, degil.. entah. Jadi orang yang saya langsung tak kenal. Lagipun saya baru aje kenal awak. Boleh jadi awak memang jenis macam Hafez tu. Mana la saya nak sangka awak dengan dia tu.. hm.” Maryam senyum dan teguk kopi.
            Mikael sengih. “Awak datang sini..?” Mikael membiarkan soalan itu tergantung. Maryam boleh faham sendiri.
            “Cuti. I worked my ass off and I deserved this.” Maryam ketawa.
            “Tanya saya... awak tu?” Maryam sambung ayatnya.
            “Cuti. Actually much more kepada treatment. Saya ingat boleh pergi sendiri. This is my first time keluar tanpa Isaac.” Terang Mikael.
            Maryam masih kelihatan sugul. Tak faham. Mikael ketawa dan meneruskan cerita. “Bila saya marah, Hafez akan keluar. Bila saya teringatkan ibu saya, Adam yang keluar. Bila saya rindukan ayah, Suffian yang muncul, and many more.”
            “Many more? Maksudnya?”
            Mikael buang pandang ke luar.
            “It’s okay kalau awak tak nak cerita.” Maryam menunduk.
            “Awak akan tahu once awak kenal saya dah lama. And saya rasa awak pun akan jadi macam orang lain. You won’t stand by me. That explained why I’m here alone. And alone all the time.” Lelaki itu menuturkan kata tanpa rasa sedih langsung! Siap gelak lagi.
            “Macam mana awak tahu yang saya sama macam orang lain? Awak tak kenal saya. I’m a loyal person. Very.” Maryam tegas.
            Mikael sengih. “Dah banyak orang try buang saya. Since saya start belajar kat Switz, satu kawan pun saya tak dapat. Isaac tu stick dengan saya sebab dia tu psychologist saya aje. Kalau bukan sebab kerja, he won’t stay.”
            “Again, macam mana awak tahu? Awak tak boleh persoalkan sebab seseorang tu boleh stick dengan awak atau tidak. Mana tahu, Isaac tu memang ikhlas dengan awak, nak berkawan dengan awak.” Hilang terus rasa sedih dalam diri Maryam.
            “Awak ikhlas nak kawan dengan saya?” Mikael pandang tepat ke dalam anak mata Maryam.
            “For sure I am! Saya tak kisah kalau awak ni ada 100 personaliti pun. Asalkan semua personaliti awak boleh kawan dengan saya.” Maryam kedengaran yakin.
            Mikael ketawa lagi. Tapi tawanya itu hambar. “You don’t know..”
            “Apa yang saya tak tahu? Yes memang saya tak kenal awak sangat. Baru aje kot kenal awak. And see, awak pun tak kenal saya. You can’t judge me.”
            “Awak tak tahu Hafez gila macam mana..” belum sempat Mikael menghabiskan ayat, Maryam letak kedua lengannya di atas meja dan mendekat dengan Mikael.
            “I don’t give a damn pasal Hafez and kalau dia nak biadab dengan saya, I don’t care. Dia tak tengok lagi baidab saya macam mana. Kalau dia gila, I can be double gila daripada dia. So chill. Saya boleh jadi kawan awak.” Kata-kata Maryam sedikit sebanyak membuatkan hati Mikael lega. Tapi dia tahu benda itu takkan bertahan lama.
            “Actually, your words.. convincing.” Mikael senyum. Maryam juga.
            “See. Tak susah pun nak buat kawan. As long as the other parties boleh terima kita.”
            “Awak dah buat saya jatuh hati dekat awak.” Mikael berterus-terang. Mulut Maryam terus terkunci. Lesap senyuman dari bibir.
            “Chill. Saya tahu tempat saya kat mana. I’m not asking for more. Not for now lah.” Gurauan Mikael langsung tidak menerbitkan senyuman pada Maryam.
            “Okay fine. Saya cuba untuk tak jatuh cinta. Saya boleh undo this love. Saya tahu saya boleh. I’ve been doing it for million times. Adding one more shouldn’t bother me.”
            “Serius lah million times.” Maryam jungkit kening.
            “Hiperbola la sikit. Maybe 3 times.”
            “Wow. Senang betul awak tukar feeling.” Sindir Maryam.
            “Saya tak tukar. Saya tambah.”
            “Maksudnya?”
            “Saya sayangkan Muaz, sayangkan ibu, sayangkan Syira.. turns out semua tinggalkan saya. Buang saya. Nak tak nak, I have to quit loving them.”
            “Err.. dia orang..”
            “Family.” Laju Mikael menjawab.
            “Syira?”
            “Adik.”
            Maryam bungkam.
            “Ibu saya hantar saya ke Switz untuk duduk dengan ibu bapa angkat dia waktu dia belajar kat sini. Actually dia buat benda yang betul. Sebab saya tak mungkin akan jadi macam ni kalau saya still duduk dengan dia orang. Parents angkat saya baik. And sangat memahami. Dia kenal semua personaliti saya tapi still tak buang saya. Pelik kenapa ibu tiri saya takut sangat dengan saya.” Mikael senyum nipis memandang Maryam.           
            “Awak, okay?” hanya itu yang mampu Maryam suarakan. Mikael ketawa.
            “I’m 30, Maryam. That happened to me about berbelas tahun dulu. I’m fine. More than fine. Too fine.” Mata lelaki itu makin mengecil bila otot pipinya naik hampir ke telinga.
            “Awak kat sini sampai bila?” tanya Mikael. Tukar topik.
            “Lusa saya balik.”
            “Too bad. Saya kena balik esok.”
            “Kita still boleh jumpa kat KL.” Kata Maryam.
            “Awak nak jumpa saya ke?”
            “I’m oficially your friend.” Jawab Maryam bangga.
            Senyum. Mikael tahu ianya takkan kekal. Senyum selagi boleh, Mikael.

MIKAEL kemas pakaiannya dan meletakkan segala benda yang dia perlukan esok. Hatinya rasa tak sedap. Dia tarik kertas kosong yang disediakan pihak hotel di atas meja dan menulis sesuatu di atasnya.
            Telefon bergetar.
            Maryam           : Siap packing?
            Mikael             : Done.
            Maryam           : Have a safe flight.
Mikael             : Maryam, in case.. In case other personality take over, help me.
Maryam           : Sure. I’ll call you next morning.
Mikael             : Thank you. J
Maryam           : My pleasure.
Mikael             : Saya tidur.
Maryam           : Tidurlah.
Mikael             : Goodnight.
Maryam           : Goodnight, Mikael.
Mikael             : Goodnight Maryam.
Maryam           : Okay.
Maryam geleng kepala. Ada aje budak ni.
            Mikael senyum dan melekatkan nota itu di cermin. Lampu bilik ditutup. ‘Don’t think, Mikael.’ Hatinya saat ini seakan bergolak. Seakan tsunami melanda. Berombak kencang dadanya. Jenuh dia berpusing ke kiri dan kanan. Matanya masih tidak mahu lelap.
            ‘Shit. Aku tak patut act macam aku okay depan Maryam tadi. No. Aku tak patut buka cerita pun!’ Mikael ketap gigi.
            Dia kemudiannya bangun dan mencari pil tidur dari dalam beg pakaiannya. Dua biji ditelan. Dia kembali melelapkan mata.
            Mata Mikael mencelik. Terbuka luas! Senyumnya menyenget. Terus dia bangkit daripada katil dan menuju ke cermin. Automatik pandangan matanya berubah. Menjadi lebih gelap dan senyuman tak lekang.
            “Hello, Hafez.”



1 comment:

  1. its been more than thrill when 'Hello, Hafez' came out.. keep the good job, sis...

    ReplyDelete