Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Thursday, August 10, 2017

TRN : Chapter 1 - The Ending of Beginning

Chapter 1 : The Ending of Beginning

 


Han pandang jam tangan sekali imbas. Adrenaline melonjak tinggi. Tak sabar rasanya nak masuk ke dalam perut ‘burung besi gergasi’ ini. Passport dan tiket sudah berada di tangan.
            “Babe.” Cawan tinggi lutsinar yang bercop Starbuck dihulur kepada Han.
            “I nak Frap..” rengek Han manja.
            “Mengadalah you ni.” Frappuchino di tangan Teeya bertukar tangan. Han akhirnya tersengih menang. Sayang betul dekat girlfriend seorang ni.
            “Weh!” Wan cuit bahu Han dari kerusi menunggu di belakang.
            Baru aje air nak masuk ke dalam tekak, sudahnya dia terpaksa menoleh ke belakang.
            “Amenda?” Han kerut dahi. Kacau betul.
            “Kau tengok ni.” Wan hulur telefon bimbit pintarnya. Gambar yang terpampang di skrin telefon bimbit itu menarik minat Han dan Teeya.
            “Kita pergi sini nak?” ajak Wan. Semangatnya bukan main.
            “Tapi theme park tu kan dah lama kena tinggal. You ni..” Nabiha atau lebih mesra dipanggil Bee bersandar dan kedua belah tangannya memeluk tubuh. Tak bersetuju dengan teman lelaki yang terlebih aktif ni.
            “You tengok gambar-gambar ni. Boleh aje dia orang ambil kat sana. Rileks la. Dah pernah orang masuk kot even dah lama kena tinggal.” Wan pertahankan rancangannya.
            “Sayang, tempat tu dah lama kena tinggal. You faham tak? Dah lama kena tinggal. Dah naik semak bagai semua. Yang you nak pergi sana juga buat apa? Nak cari apa?” geram betul Bee dengan Wan.
            Teeya dan Han berpandangan sesama sendiri. Masing-masing seakan berborak melalui telepati aje. Siap main isyarat mata.
            “You nak takut apa? Lagipun theme park ni tutup tahun 2006. Baru aje lagi. Takdelah semak mana. You see this. Mana ada semak. Bukan macam Mimaland, Gombak tu.” Wan sua skrin telefon kepada Bee pula. Tapi sedikit pun gadis itu tidak menjeling.
            ‘Eh lelaki ni, kalau aku skru kepala dia karang dekat sayap kapal terbang baru tahu ada akal.’ Gumam Bee.
            “I tak nak pergi. Takkan!” nekad Bee.
            Wan mengeluh. Payahlah ada girlfriend macam ni. Tak thrill langsung!
            “Jomlah.” Han tiba-tiba bersuara membuatkan Teeya buka mata bulat memandang Han. Mata Han turut sama memandang Teeya.
            “What? Come on, babe. Berapa tahun sekali kita nak pergi Jepun? Like once in ten or twenty years kot. You suka benda yang advanterous, thrilling.. so why not? Come on..” pujuk Han.
            “I don’t know, babe.” Teeya tarik nafas dalam.
            “Takde apa pun kat sana. Dia orang ambil gambar pun rileks aje. They said nothing about ghost or something. So takde hal kan?” Han mencuba.
            Teeya pandang Han, Wan dan Bee bergilir. Kepalanya masih tidak memutuskan apa-apa.
            “Panggilan untuk penerbangan ke Osaka..” suara wanita yang memenuhi ruang menunggu berlegar di udara.
            “Babe..” Han masih merayu.
            “I’ll think of that.” Teeya bangun dari kerusi dan merenggangkan badannya yang sudah berjam-jam menunggu di lapangan terbang kuala lumpur itu.
            “Please say yes.” Han turut sama bangun dan menggalas beg galas besarnya.
            “Not yet.” Senyum Teeya nipis sebelum mengorak langkah untuk masuk ke dalam perut kapal terbang.
            Han sempat memandang Wan yang juga mengharap persetujuan dari Teeya. Bee menyaingi langkah Teeya.
            “Kau nak pergi ke?” tanya Bee.
            “I don’t know.” Mudah jawapan dari Teeya. Bee mengeluh.

HOTEL HANSHIN, OSAKA.
            Beg galas besar diletakkan di tepi dinding dan Teeya terus merebahkan diri di atas katil. Dari semester satu mereka berempat mengumpul duit. Ditambah dengan kerja sambilan sana sini hinggalah tamat ijazah semata untuk percutian ke Jepun ini.
            Teeya sempat memerhati Bee yang sibuk memunggah bagasinya sebelum menarik telefon bimbit keluar dari poket seluar Voir berwarna hitam.
            Nara Dreamland ditaip. Matanya laju membaca sejarah tempat itu. Satu gambar dari Google menarik perhatiannya. Gambar yang ditunjukkan Wan tadi rupanya diambil oleh Victor Habchy, seorang jurugambar  dari Perancis. Beberapa keping gambar lagi ditatap.
            Dari posisi berbaring, dia kini meniarap. Cantik. Cantik dan cantik. Semua gambar-gambar dari beliau, cantik!
            “Bee, why not kita cuba aje pergi? Macam best aje. Tak rugi pun. We might get the best Instagram photos.” Teeya terus duduk bersila di atas katil. Matanya masih melekat dengan telefon bimbit.
            Bee berhenti mencari baju. Dia toleh ke belakang.
            “Kau gila ke apa? Aku tak suka la tempat-tempat macam tu. Aku datang sini nak have fun. Bukan nak cari hantu.” Getus Bee.
            “Lah.. tak cakap pun nak cari hantu. Kita just nak pergi sana tengok tempat and ambil few photos macam dia ni ambil.” Teeya tunjuk skrin telefon bimbit.
            Bee menjeling sekilas sebelum memandang untuk kali kedua. Ha baru tahu nak jatuh cinta dengan gambar tu!
            “I know you’re gonna like it.” Sengih Teeya bila Bee merengus dan ambil tempat di sisi Teeya untuk turut serta melihat gambar-gambar itu.
            “Cantik.” Perkataan itu meluncur keluar dari mulut Bee.
            “Jomlah..” ajak Teeya.
            “Nur Zateeya, tempat-tempat macam ni kalau ditinggal lama mustahil takde yang duduk. Kat Malaysia berlambak tempat jin bertendang macam ni. Tapi aku tak faham kenapa dekat Jepun juga yang kau orang nak lawat.” Bee urut dahi.
            “Ya Allah, Bee! Kita bukan nak cari hantu, Nur Nabiha! Kita just nak ambil gambar.” Tekan Teeya.
            “Haih. Entahlah. Mulut becok betul si mangkuk ayun tu.” Geram pula Bee dibuatnya. Teeya ketawa.
            “Boyfriend kau juga. So you’re in?” Teeya jungkit kening. Bee yang baru bangun dari katil kembali menoleh melihat Teeya di atas katil sedang menunggu jawapan darinya.
            “No.” ringkas.
            “Ala Bee!”
            “No kalau kau tak belanja aku makan malam ni.”
            Teeya akhirnya senyum lebar. Terus dia bangun dari katil dan memeluk tubuh Bee.
            “Sure aku belanja kau! Kau cakap belanja aje kan. Tak specific kan? Jom dinner aku belanja maggie hot cup!” ketawa Teeya meledak.

NARA DREAMLAND, JEPUN.
            “Dari apa yang aku baca, Dreamland ni dibina since 1961. Konon nak tiru Disneyland. Tapi sebabkan visitors tak ramai so they closed permanently in 2006. So, theme park ni beroperasi selama 45 tahun weh!” rajin pula si Teeya ni menceritakan hasil bacaannya 3 malam yang lepas.
            Memandangkan esok mereka akan pulang semula ke Malaysia, jadinya mereka merancang untuk melawat Nara Dreamland ini pada hari terakhir di Jepun.
            Bee urut dada. Jantungnya jadi tak tentu arah. Sedangkan Wan dan Han sudah bersedia untuk menapak masuk ke dalam taman tema yang ditinggal lama ini.
            “Jom!” ajak Han yang sudah mula melangkah masuk.
            Teeya turut sama buka langkah namun terhenti bila lengannya ditarik kuat oleh Bee.
            “Kenapa?” Teeya pelik.
            “Aku tak sedap hati.” Ujar Bee.
            “Kau setiap kali masuk rumah hantu memang tak sedap hati. Memanjang aje tak sedap hati. Padahal bila dah keluar, bukan main berlagak lagi kau.” Usik Teeya.
            “Babe, kali ni betul aku tak sedap hati. Tak sama dengan rasa-rasa sebelum ni.”
            “Bee, nothing’s gonna happen. Okay? Chill.” Teeya genggam jemari Bee sebelum menariknya untuk masuk ke taman tema itu.
            “Aku nak ambil gambar sebiji macam Victor tu ambil depan entry!” tekad Han.
            “Babe, jom!” ajak Han dan mereka berdiri di hadapan pintu masuk berdepan dengan nama Dreamland.
            Gambar mereka diambil Wan dari bermacam sudut. Orang yang memang minat kamera memang perangai macam ni eh? Kalau ambil gambar satu tempat tu, tak cukup dengan sekeping!
            “Done!” jerit Wan. Mentang-mentang kawasan itu kosong.
            “Meh aku ambil gambar kau dengan Bee pula.” Ujar Han.
            “Tak nak.” Bee menolak.
            “Ala sayang, jomlah.” Wan buat muka sedih.
            “I dah ikut ni pun cukup baiklah.” Tegas Bee sebelum melintasi jasad Wan dan terus masuk ke dalam taman tema. Han jungkit bahu ke arah Wan. Lelaki itu cuma mencebik.
            ‘Time ni pula la dia nak ajak gaduh.’ Gumamnya sendirinya. Jadinya, hanya gambar dia seorang di hadapan taman teman itu.
            Hanya mereka berempat yang berada di situ. Cuaca tiba-tiba menjadi mendung. Nak kata nak hujan, tapi sudah 30 minit, masih belum hujan.
            Merata mereka pergi. Setiap sudut gambar diambil oleh Wan dan Han. Manakala Teeya sering menjadi model mereka.
            Bee tarik lengan Wan bila lelaki itu menapak ke arah satu kawasan yang penuh dengan bangunan ala Perancis. Tepat dari arah mereka berdiri, ada satu bangunan dua tingkat yang mempunyai cermin loteng.
            “Kenapa lagi ni?” Wan mulai bosan dengan perangai paranoid Bee.
            “Tingkap tu.” Bee tidak pandang ke arah cermin tingkap itu.
            “Kenapa?”
            “I rasa I nampak orang.” Beritahu Bee dengan nada perlahan. Wan pandang semula ke arah tingkap itu. Putih aje seakan ada kertas putih yang dilekat menutupi cermin tingkap itu.
            “Mana ada. You ni, dalam kepala tu fikir macam-macam. Memanglah nampak bukan-bukan. Semua tu dalam imaginasi you aje. Cuba rileks.” Nasihat Wan.
            Bee geram. Tapi dia simpan sendiri. “Fine, tapi tak payah la masuk sini. Kita pergi tempat lain.” Bee mengalah.
            “Janji dengan I yang you takkan perangai macam ni dulu, baru kita pergi tempat lain.” Wan hulur jari manis konon nak pinky swear.
            Bee menjeling. “Janji!” dengan nada geram. Tapi jari mereka tidak bertaut.
            “Good. Jom pergi tempat lain.” Wan ubah arah. Bee sempat menoleh ke belakang semula. Mungkin betul dia silap tengok. Tapi dia dua kali silap. Ada seseorang yang berdiri di balik cermin tingkap itu! Gulp.

KAWASAN roller coaster sudah dipenuhi dengan daun menjalar yang kering. Menjadikan tempat itu kelihatan muram dan lusuh. Ranting kayu dan besi-besi karat seakan satu warna sahaja.
            “Kenapalah dia orang tinggalkan tempat ni. Tempat ni cantik kot.” Keluh Teeya. Tangannya laju mengambil gambar sana sini. Ada jujga dua tiga keping gambar yang dia minta Han ambilkan untuk dimasukkan ke dalam laman Instagramnya.
            “Swimming pool!” Han menjerit riang melihat kolam itu bertakung dengan air kotor. Tidak dapat dikenal pasti seberapa dalam kolam itu kerana air yang berwarna gelap.
            “Berenanglah.” Usik Teeya.
            “Jom. You jump, I jump.” Konon nak Titanic sangatlah tu?
            “Ei takde makna. You jump, I see aje.” Ketawa Teeya.
            “Siot punya girlfriend.” Han kembali memandang ke arah kolam. Tapi matanya terpandang ke arah satu sudut di mana ranting pokok bergoyang seakan ada orang yang melanggarnya.
            “Babe!” ini kali ketiga Teeya memanggil Han lantas memecah lamunan Han.
            “Apa?”
            “I panggil you tiga kali. You tengok apa?” Teeya pelik.
            “Er.. nothing.” Han tidak mahu memikirkan sangat apa yang baru dilihatnya. Mungkin itu cuma perasaan.
            “Jom pergi sana.” Teeya sudah bergerak dulu ke arah bangunan yang jelas terbentang perkataan MIRROR-PUZZLE.
            Tiba-tiba kaki Teeya berhenti melangkah. Dari jauh dia ternampak kelibat pakaian merah tetapi cepat aje kelibat itu hilang. Dia pisat mata. Niat untuk mendekati Mirror Puzzle terbantut apabila jasad Han tidak kelihatan mengekorinya. Mana pula perginya budak ni?
            Tiga langkah dia menapak, bunyi hon dari belakang mengejutkannya. Dia pantas menoleh. Kosong. Suara badut ketawa pula kedengaran. Bulu roma Teeya menegak. Jantungnya berdegup laju tiba-tiba.
            PAP! Bahunya disentuh. Terus dia menjerit kuat.
            “Hey.” Han sengih sumbing dan ketawa kecil.
            “You dah kenapa?” pelik dengan reaksi Teeya.
            “Babe, jom balik. Hati I tak sedaplah.” Ajak Teeya. Dahinya sudah berkerut. Jantungnya tidak mahu bertenang.
            “Lah.. kenapa pula ni?”
            “Jomlah balik.” Rayu Teeya. Matanya sudah berair. Tunggu masa nak menangis aje.
            “Fine. Fine. Jom.” Melihatkan riak muka Teeya, Han mengalah. Girlfriend nak menangis, siapa boleh tolak oi?
            Batang hidung Wan dan Bee masih tidak kelihatan.
            “You call la Wan tanya dia kat mana.” Gesa Teeya.
            “Takpe. Kita keluar dulu. Nanti dah keluar and kalau still tak nampak dia orang, baru I call. Okay?” jawab Han.
            Teeya dia membangkang. Bagus juga. Lagi cepat keluar dari tempat ini.
            “Babe. Kejap.” Han berhenti. Dia menukar arah mendekati rumah hantu yang sudah dipenuhi dengan daun-daun semak.
            “You nak buat apa lagi ni? Tak payahlah.” Teeya mulai takut.
            “Kejap aje.” Han mendekati pondok kecil di sebelah bangunan usang rumah hantu itu. Teeya hanya memandang dari jauh. Tidak mahu lagi dia dekati mana-mana tempat permainan. Dia lihat kiri kanan.
            Han mendekati Teeya dengan kain lusuh di tangan.
            “Apa ni?” tanya Teeya.
            “Baju clown. It sure looks old, tapi tak macam 11 tahun kena tinggallah.” Han membelek pakaian itu yang sedikit lusuh, kotor dan koyak. Tapi masih boleh digunakan.
            “You buat apa ambil?” eh mamat ni main kutip aje benda merepek ni.
            “Souvenir dari Nara Dreamland, boy!” sengih Han.
            “Jangan kutip benda sembaranganlah, Han.”
            “It’s just a piece of clothes, babe. And I got the red nose too.” Han tunjuk bebola merah di tangan kanannya.
            Entah kenapa, Teeya sedar yang mereka berdua sedang diperhatikan. Dia hanya mahu keluar dari tempat itu dengan kadar segera!


2 comments: