Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Monday, April 3, 2017

SPLIT

SINOPSIS 



Umur dah kian lanjut, tapi Maryam masih lagi belum boleh buka pintu hatinya. Pada dia, cukuplah hati dah terseksa tujuh tahun. Dia tak berani ambil risiko untuk merasa perasaan itu lagi.
            Dan pertemuan mereka bukan memberi impak yang kecil untuk kehidupan mereka. Tetapi pertemuan mereka adalah antara sebab Allah ingin buka mata mereka untuk menyelesaikan apa yang tidak selesai..
            “Bahaya untuk perempuan tidur dekat parking lot macam ni. Baik awak tidur kat rumah.”- Mikael.
            Mikael yang dia kenal seorang yang baik bicaranya, murah dengan senyumannya. Tapi tiba-tiba lelaki itu berubah sekelip mata. Menjadi seorang pemarah, kasar, jahat dan semua sikap mazmumah lah senang cakap!
            “Yes. I made this kind of face when I’m pissed off.” Dengan rolling-eyes dan mulut ternganga, macam orang bodoh aje gaya mukanya. –Hafez.
            Siang, namanya Mikael. Malam, dia kata dia Hafez. Maryam jadi pening. Apa lelaki ini memang sengaja nak permainkan dia ke apa? Marah dengan perlakuan lelaki itu, Maryam angkat bendera putih. Iyelah, kejap bukan main manis ayatnya, kejap bukan main longkang lagi mulutnya. Mungkin belum masanya dia buka pintu hati semula.
            Tapi atas desakan ayah yang tak habis-habis sejak tiga tahun lepas menggesa dia berkahwin, Maryam angguk setuju. Jatuh cinta itu perkara biasa. Tapi macam mana Maryam nak hadap kesemua entiti? Macam mana nak toleransi dengan Hafez kalau setiap kali mereka jumpa, asyik nak bergaduh tarik-tarik rambut aje?
            Dialah isteri, dialah kawan, dialah ibu, dialah kakak dan dialah anak bila keputusan untuk berkahwin itu muktamad. Tetapi ada sesuatu dalam diri Hafez yang buatkan dalam menyampah, dia tak rela karakter itu hilang. Aci ke pilih kasih antara personaliti dalam satu suami?
            ‘Sekali lagi dia panggil aku Yam, aku sumpah aku gigit dahi dia. Aku sumpah!’-Maryam.
            Tetapi pertemuan mereka adalah antara sebab Allah ingin buka mata mereka untuk menyelesaikan apa yang tidak selesai.
           
           


SPLIT 10

Maryam berjalan perlahan keluar dari lapangan terbang. Tanpa sedar, ada seorang lelaki berlari ke arahnya dengan tergesa-gesa dan pantas bahu mereka bergeseran. Passport jatuh. Mata Maryam terpandang tepat pada tiket yang turut sama jatuh. AK 349.
Lelaki itu sempat menoleh. Mata mereka bertembung.
"Aryan." Terpacul keluar nama itu dari bibir Maryam.
Lelaki itu agak terkesima sebentar sebelum terus berlari dengan beg galasnya.
"Aryan.." Maryam seakan masih dalam mimpi. Lamunannya dihentikan sendiri dan dia cuba mengejar lelaki itu. Kali ini dia pasti itu Aryan! Dia bukan nampak melalui sisi atau bayangan lagi! Ini dah betul-betul depan dia!
"Aryan!" jerit Maryam. Tetapi lelaki itu langsung tidak mempedulikannya.
Lariannya terhenti apabila dia mula rasa pedih kembali pada lutut kanan. Telefon segera dikeluarkan. Nama Aryan dicari sebelum telefon melekap pada telinga kiri.
"Nombor yang anda dail..."
Talian dimatikan.
Dia dail sekali lagi.
"Nombor yang anda dail.."
Erhh! Dada Maryam berombak kencang. Dia tak faham. Dia yakin dia tak salah orang.
HAFEZ bersandar di kerusi kapal terbang dengan senyuman di bibir. Telefon dikeluarkan dan dia mula memasang password dalam galeri. Sempat dia melihat kesemua gambar-gambar yang diambilnya.
"Encik, kita akan berlepas in a few mins, boleh switch off telefon?" tanya pramugara itu.
Hafez jungkit kening sebelah. Dengan mengeluh dia menukar plan mod kepada silent. Telefon disimpan kembali ke dalam poket sweater hitam. Hood sweater ditarik ke kepala. Tangan memeluk tubuh. Matanya ditutup.
'Kecoh lah mamat ni.' Getus hati pramugara itu.
Tiba-tiba kelibat seorang lelaki yang baru masuk ke dalam perut kapal terbang kedengaran termengah-mengah nafasnya.
Hafez kembali buka mata.
Lelaki itu mengambil tempat di sisi Hafez sebelum meletakkan beg galasnya di atas.
"Sorry." Kata lelaki itu. Risau jika dia mengganggu tidur Hafez.
"It's okay. Hafez." Hafez hulur tangan.
"Aryan." Jawab Aryan.
MARYAM pantas berlari naik ke bilik hotelnya. Dia yakin lelaki tadi Aryan. Dan lelaki itu baru sahaja menaiki pesawat yang sama dengan Hafez. Bagasinya dikemas. Pantas tangannya mencapai telefon di dalam beg tangan.
"Hello?" selepas beberapa deringan, baru telefon bersahut.
"Hello baby." Meen kedengaran riang.
"Aku nak minta tolong kau." Kata Maryam.
"Hey, hey. Apahal ni?" Meen terkejut bila dengar suara Maryam yang mengah.
"Aku nak minta tolong kau pergi airport dalam 2 jam setengah lagi akan ada flight dari Jogja sampai. AK 349. I'm not sure kalau memang akan sampai dalam 2 jam setengah lagi, but please help me. AK 349. And please.. please.. please.. Kalau kau nampak Aryan.. please.." Maryam renyuk baju yang sedang dia pegang. Air mata menitis. Belum sempat nak masuk dalam beg, baju dah kena renyuk.
"Hey.. apa jadi?" Meen runsing.
"Meen, kau kata kalau aku yakin orang yang aku nampak tu, Yan.. aku tak boleh lepaskan peluang untuk jumpa dia, kan? Now please help me." Rayu Maryam.
Meen mengeluh. 'Orang dah takde, kenapa kau still nak hidup dalam benda yang dah lepas, Yam?'
"Ha yelah. Yelah." Balas Meen separuh rela.
"Thank you, Meen. Thank you so much." Maryam matikan talian dan kembali menyimpan barang-barangannya. Tiket on the spot lah, apa lagi!
GELAK tawa mereka berdua tidak dihiraukan orang lain yang masing-masing memakai headphone di telinga.
"So kau sekarang photoghrapher la?" tanya Hafez.
"Yep. Sebelum ni aku kerja audit firm, tapi kureng asyuk. Minat aku pula banyak kat photographing, so better aku pursue ke bidang ni." Balas Aryan.
"Nice." Hafez senyum dan bersandar di kerusinya semula.
"Kau?" giliran Aryan bertanya.
"Jarang orang tanya aku pasal pekerjaan aku. Haha." Hafez ketawa sebelum menyambung ayatnya.
"Art. Carving, painting, and much more." Sengih Hafez.
"Wow. So kau ada galeri?" pertanyaan Aryan membuatkan Hafez terdiam sebentar. Berbelas tahun aku hidup dalam badan Mikael, tapi tak pernah buat benda yang betul-betul besar untuk diri aku sendiri. Aku Cuma mengharapkan duit Mikael aje.
'Dia banyak habiskan duit untuk awak, habiskan masa untuk awak. Tanggung semua salah yang awak tinggalkan untuk dia. Tambah dosa dia.' Kata-kata Maryam sebentar tadi di dalam lif kembali segar di dalam ingatan.
"Weh!" Aryan goncang tubuh Hafez sedikit bila kelihatan lelaki itu termenung.
"Soon. Soon aku buka galeri." Beritahu Hafez.
"Oh.. jangan lupa ajak aku. Aku boleh jadi photoghrapher kau."
"Cun!"
Hafez membuang pandang keluar tingkap. Sekali dalam hidupnya, baru dia terfikir akan apa yang dia inginkan dalam hidup ini. Meskipun dia seakan parasit yang mencelah di tubuh orang lain, tapi dia juga punyai kehendak. Penatlah kalau nak lindungi orang lain aje.
MEEN sudah menunggu di balai ketibaan. Matanya dibuka luas supaya dia tidak terlepas pandang walaupun seorang susuk tubuh. Biar dia scan dari atas sampai bawah dan yakinkan dirinya sendiri yang Aryan sudah tiada.
Beberapa minit selepas itu, sekumpulan manusia keluar dari pintu balai ketibaan. Meen menjadi gelabah untuk memandang setiap satunya.
"Okay Fez. Kita jumpa lagi. Kau ada nombor aku, boleh roger aku bila-bila. Aku nak pergi toilet kejap." Beritahu Aryan. Tangan mereka berjabat mesra.
"Cool. See you, bro!" Hafez membetulkan galasan beg sandangnya dan meneruskan langkah keluar dari balai ketibaan.
Sedang Meen masih tercari-cari, mata Hafez terlebih dahulu mengesan susuk tubuh wanita itu.
"Eh perempuan cantik!" katanya perlahan. Sengihnya nakal.
"Hi Meen!" Hafez terus meluru ke arah Meen yang masih tercari-cari kelibat Aryan.
"Eh? Mikael!" Meen tergumam. Hensem siot rasa macam nak melting.
"Buat apa kat sini?" tanya Hafez.
"Tunggu orang."
"Orang? Siapa? Maryam?" teka Hafez.
"Er.. tak. Orang lain."
"Well, baru ingat nak ajak lepak. Takpelah. See you when I see you." Hafez menuju ke arah lain.
Meen telan air liur. Dia pandang sekali lagi ke arah balai ketibaan. Kosong.
"Mikael!" Meen terus mengejar tubuh Hafez.
"Kawan I tak naik flight ni kot. You kata tadi nak ajak lepak?" Meen tukar rancangan.
Hafez sengih sebelah. "Jomlah." Dalam kepalanya dah rancang macam-macam untuk MARYAM!
Aryan keluar dari balai ketibaan. Kosong. Semua orang dah tak ada. Dia berjalan perlahan menuju ke ruang teksi. Hatinya sedikit terguris bila tiada siapa yang menjemputnya sedangkan dia sudah memberitahu isterinya. Yep bro. Isteri.
MEEN sedup Chatime. Mereka berdua tidak bersuara. 'Okay, ni sumpah awkward! Kenapalah aku setuju nak lepak dengan dia ni.'
Hafez sibuk membelek telefon. Gambar-gambar Maryam membawa senyuman kepada bibirnya. 
"You dari Jogja?" tanya Meen memeca sunyi yang kian lama membuatkan dia makin canggung.
"Yep." Jawab Hafez sepatah. Matanya masih tak lekang dari telefon bimbit.
"You tahu ke Yam kat Jogja juga?" soalan lagi.
"Yep." Dan sepatah juga dijawabnya.
"So you dah jumpa Yam kat sana?"
"Yep."
Hafez hulur telefon menunjuk gambar yang diambilnya ketika di titi Wisata Alam. Meen capai telefon bimbit itu. Gambar Maryam diperhatikan. 'Okay, Yam aku jealous!'
Tapi matanya lebih pantas menangkap susuk tubuh lain. Dia angkat wajah memandang Hafez dengan perasaan berbaur. Zoom. Zoom. Zoom.
"Mikael, I kena pergi." Meen terus bangun dari kerusi dan berlari laju. Tempat tujunya hanya satu, kini. Balai ketibaan.
Hafez pelik. Dia capai telefonnya semula. Gambar yang sudah difokus dipandang. 'Eh, Aryan..'
Meen ketar tangan menunggu di balai ketibaan. Kosong. Meen pejam mata. Dia tak silap tengok kan? Tu Aryan kan? Serius tu Aryan!
SUDAH malam. Maryam tiba di lapangan terbang. Menggigil kakinya masih belum hilang. Mata dan pandangan itu.. dia kenal sangat! Tapi Aryan yang dia kenal dikatakan sudah meninggal tujuh tahun lepas. Jadi, siapa lelaki dia jumpa pagi tengah hari tadi?
"Yam!" jerit Meen. Ini sudah kali kedua Meen berada di lapangan terbang untuk hari yang sama.
"Meen!" Maryam berlari menarik bagasinya mendekati Meen.
"How?" Soalan pertama yang muncul dari mulut Maryam.
Wajah Meen kelat. "Sorry babe. Aku tak nampak kelibat dia. Tapi.." Meen tarik tangan Maryam hingga ke kereta.
Perjalanan mereka sepi. Meen tahu Maryam masih berfikir.
"Yam, aku tahu kau memang tak boleh nak move on lagi. And aku ingat apa yang selama ni kau nampak itu semua hanya ilusi kau since kau masih tak boleh nak get rid of Aryan. Tapi hari ni Yam, aku sendiri start was-was dengan kematian Yan." Luah Meen.
Maryam masih membisu.
"Yam, seeloknya kau jumpa Mikael. Minta gambar yang aku cerita tu." Tambah Meen.
Itu satu hal lagi. Bukan senang nak ambil gambar dari 'Mikael'.
"Kau okay tak?" Meen toleh sebentar pada Maryam yang masih tiada reaksi.
"Kenapa mak dia mesej aku dulu kata yang Yan dah takde?" terpacul soalan itu dari mulut Maryam.
"I don't know babe. Something macam tak betul." Jawab Meen.
Maryam menimbang-nimbang apa yang sedang berlaku. Dia cuba ketepikan emosi dan berfikir secara rasional.
"Kau simpan lagi ke mesej tu?" tanya Meen.
"Tak pernah delete. Tapi phone tu dah lama and the power button dah rosak. So aku charge seribu kali pun, kalau power button tak boleh nak function, tak guna juga. Takkan menyala pun." Maryam mengeluh mengingatkan telefon Nokia 3310 Classic.
"Try la repair." Cadang Meen. Maryam pandang ke arah Meen.
"I know you want this, kan?" Meen senyum nipis.
"Alright. Since aku still lagi dalam cuti, boleh la aku pergi repair."
"Kau jangan fikirkan sangat. Balik, and rehat secukupnya. Kau nak aku teman kau? In case..?"
Teringat zaman belajar diploma dulu yang mana mereka pergi ke kolej yang sama. Tengah-tengah malam tu kalau Maryam ada mimpi buruk, Meen lah orang pertama yang dia cari. Sebab Meen aje yang boleh bangun on the spot kalau dikejut.
"Takpe." Jawab Maryam.
MARYAM tolak daun pintu lemah. Kepalanya masih terimbau-imbau pandangan lelaki yang disangka Aryan itu. Dia menggeleng dan menghela nafas berat. Puss dan Mocoon masih berada di rumah Meen.
Kosong. Dia terasa kosong. Dari dalam hidungnya terasa pedih dan hatinya terasa remuk. Dia terjelepok di atas lantai dan air mata mula mengurai.
Raungan tengah malam, langsung tidak didengari jiran tetangga dek pintu kalis bunyi. Matanya kabur kerana air mata yang sudah penuh ditakungan.
HARI PENDAFTARAN, tujuh tahun lalu..
"Ambil nombor dekat kaunter sana." Fail biru diserahkan kepada setiap pelajar yang isinya adalah beberapa dokumen untuk diisi dan sebatang pensil.
Selesai mengambil nombor, Maryam duduk di kerusi yang tersedia bawah khemah. Ibu bapa di minta untuk tunggu di khemah lain sebelum anak-anak mereka selesai membuat pendaftaran.
"Nombor berapa?" tanya lelaki yang baru mengambil tempat di sebelah Maryam.
"2045." Jawab Maryam. Rambutnya diselak ke belakang telinga.
"Nice. Mine 2046. Ada chance jadi roommate ni. Or neighbour." Gurau lelaki itu.
Maryam senyum canggu.
"Nama apa?" tanya lelaki itu lagi.
"Maryam."
"Aryan." Beritahunya.
"Dari mana?" giliran Maryam menyoal.
"Tepeng (Taiping). Awak?"
"KL aje."
"Dekat la dengan rumah! Duduk asrama ke ulang-alik rumah?"
"Untuk first semester kalau wajib duduk asrama, memang duduk sini aje. Weekend baru balik."
"Ambil kos apa?"
"Business Admin."
"Sama! Harap-harap boleh satu kelas. Saya ni semangat sikit kalau belajar satu kelas dengan orang cantik macam awak." Ciaciacia sangat! Sengih Aryan. Pipi Maryam merona merah.
Nombor mereka kemudiannya dipanggil dan mereka beratur bersebelahan untuk mempercepatkan proses pendaftaran. Hampir tujuh kaunter dibuka untuk mempercepatkan proses ini.
"Lepas ni kena pergi mana?" tanya Aryan pada kakak yang menjaga kaunter.
"Naik ke lab komputer dekat blok B tingkat 2, lepas selesai tu, turun ke lab komputer bawah blok A untuk invoice payment." Beritahu Kak Zara.
"Invoice payment yang mana eh?" Aryan garu kepala.
"Yang awak bayar dekat BSN mula-mula tu. RM 250. Dah bayar ke belum?"
"Dah."
"Resit bawa tak?"
"Entahlah." Aryan gopoh-gapah buka failnya. Kalau dah mak yang susunkan semua, mana nak tahu ada ke tidak resit tu.
"Eh budak ni. Kan dalam surat tawaran dah bagitahu untuk bawa certain-certain document." Bebel Kak Zara. Maryam hanya tersengih dan berlalu pergi ke blok B apabila gilirannya berdaftar di kaunter itu sudah selesai.
"Ini eh kak?" Aryan tunjuk resit bayaran.
"Haa inilah. Boleh pula jawab entah." Kak Zara menggeleng.
"Mak saya yang pack kan. Saya ni hadir bawa diri aje. Terima kasih eh kak." Sengih Aryan dan ketawa sebelum berlalu pergi.
"Yam!" jerit Aryan dari belakang. Maryam terkedu. 'Nama aku cantik-cantik, kau panggil Yam aje. Kau ingat Yam, keladi?' Dari sekolah orang panggilnya Maryam atau Mar. Mana pernah ada orang panggil dia Yam. Oh ada!
"Yam!" jerit Meen dari belakang.
"Kau baru sampai ke?" tanya Maryam pada Meen. Aryan sudah berdiri di sebelah Maryam. Garu kepala.
"Aah! Abang aku bangun lambat tadi. Nak gerak dari Puchong ke Bangi pagi-pagi ni, memang jammedlah jawabnya. Kau dah daftar ke?"
"Dah. Kau pergi ambil nombor dekat kaunter sana. Nanti dia kasi fail macam ni. Kau isi and dia orang akan panggil nombor kau. Nanti dia kasi instruction lain." Beritahu Maryam.
"Alright babe. Jumpa kau kejap lagi!" Meen sempat toleh Aryan.
"Hai! Aku Aryan." Aryan cepat-cepat memperkenalkan diri.
"Hai." Senyum Meen dan berlalu pergi.
"Berlagaknya." Terpacul kata-kata itu dari mulut Aryan. Maryam kerut dahi.
"Dia memang tak ramah dengan lelaki." Kata Maryam. Mana kan tidak, dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 sekolah perempuan aje.
"Ohh." Aryam tutup mulut dan buat muka tak bersalah.
"Jom pergi lab." Ajak Aryan.
"Pergilah dulu. Saya tunggu Meen." Maryam patah balik ke khemah dan duduk di sebelah Meen yang keseorangan. Aryan mencebik. 'Ingat nak buat kawan. Perempuan cantik memang semua sombong eh?'
MARYAM terbaring di tengah-tengah ruang tamu yang dihamparkan karpet berbulu. Syiling rumah ditenung dengan kipas yang masih tidak berpusing. Air mata jatuh dari hujung mata ke karpet.
Telefon dicapai. Nama Aryan dicari. Berat hatinya.. tapi jarinya begitu ringan menekan butang dail.
Beep.. beep. Maryam terus bangun dari baringnya. Dia telan air liur. Ada dua kemungkinan. Sama ada nombor itu sudah diguna orang lain, atau nombor itu masih milik Aryan.
"Hello?" suara wanita yang seakan baru bangun tidur itu kedengaran jelas di telinga Maryam. JELAS.